27/12/10

kembali ke sekolah

cuti panjang telah dah nak habis dah...rasa cepat sangat cutinya yer...siang tadi mesyuarat guru dah selesai... Mulai hari isnin (3/1/2011) aku akan mulai masuk sekolah lagi..kembali menjalani kewajiban sebagai seorang pendidik.

selamat bersekolah pada bebudak sekolah....sekolah seharusnya jadi pengalaman yang paling manis dalam hidup kita....aku tahu bukan semua suka datang ke sekolah....seperti semua remaja yang meningkat matang, rasa pergi sekolah ni macam paksaan, belajar benda-benda yang membosankan, belajar berhubung satu-sama lain, menghormati orang tua (cikgu la) dan macam-macamllah. tapi if someone ask me "saat paling bergembira dalam hidup" tentulah zaman sekolah. kenapa? zaman sekolah ni macam-macam benda bodoh kita buat....zaman persekolahan aku betul-betul suck to the max. tapi bila terfikir kembali, saat tu la paling manis bak kata diri aku sendiri kesempurnaan itu datang daripada benda yang tidak sempurna.

susah nak rasa benda ni sweet if we in it.... but after kita lepas segala-galanya kita rasa macam pelik, pasal benda tu dah jadi memori..... oklah kepada budak sekolah yang nak jadi jahat tu..... jadilah jahat secara cool dan ikhlas; hahaha. selamat bersekolah sekali lagi =).

23/12/10

istimewa buat staff skbba

16/12/10

4 person that i love

~ when you are lonely....call me
~ when you are sad....tell me
~ when you are happy...share it with me
~ when you are angry...i still care
~ i love u all (my family)

14/12/10

for the rest of my life ~ dedicated to my hubby

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know

You`ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along

OOOOO

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong

Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you
 
I know that deep in my heart


7/12/10

tour de veitnam

aku baru je balik dari rombongan dengan hubby pada 1-4 disember lepas.....asalnya tak plan pun nak g sana.....kebetulan kak sidah dari sktpsp telefon ajak dia g sana...tanya kat hubby kata ok.....seronoklah aku....ada rezeki sikit....so kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku selama 4 hari 3 malam di sana.....

Hari 1(1/12/2010)
Kak sidah beritahu kena berkumpul di LCCT jam 7.00pg sebelum berlepas ke Ho Chi Mih pada pukul 9.10 pagi. ....setibanya di airpot kami disambut oleh wakil travel dan dibawa melawat Notre Dome Cathedral, centre post office, city hall dan china town....makan tengahari di satay house....kemudian kami check in di hotel lan lan 2....selepas berehat dan solat jamak zohor dan asar kami di bawa membeli belah di honh anh collection.....pada sebelah malamnya kami dibawa makan malam di restoren samsudin....selesai kami dibawa balik ke hotel....selepas berehat kami bebas keluar ke pasar malam ben thanh....


kapal terbang air asia ak880 yang membawa kami
ke veitnam

menuruni tangga airpot ho chi minh untuk ke bagasi

di depan satay house
 
sekitar bandar ho chi minh
 
seorang pelayan di satay house yang cun
Hari 2(2/12/2010)
selepas sarapan pagi, kami dibawa melawat cu chi tunnels(kubu penting semasa perang amerika yg dibina oleh orang veitkong dengan menggali tanah liat dan batu tanpa menggunakan simen sepanjang 200 km....kami makan tengahari di satay hause restoren......selepas itu kami dibawa melawat war remmants museum, presintial palace dan solat di masjid ar rahim yang dibina pada tahun 1935 oleh orang indians muslim.....kami makan malam di bombay halal food saigon.....kemuian kami dibawa balik ke hotel.....sebelah malam acara bebas untuk kami( membeli belah di pasar malam ben thanh....

chu chi tunnel

cuba masuk ke dalam salah satu "enter"
yang sempit....aku je yg berani masuk...
yang lain semua tak berani (gemuk2) 


salah satu kereta kebal di chu ci tunnel

tidak melepaskan peluang menembak
menggunakan M1....ok gak la...

di war remnant museum - melihat kesan
ejen oren

kereta kebal di remnant museum

kapal terbang perang milik U.S Air Force

Hari 3(3/12/2010)
selepas sarapan pagi, kami bertolak ke my tho(delta mekong)mealui kawasan sawah padi ....setibanya di sana kami menaiki feri untuk ke thoi san island  dan juga kebun buah-buahan....selesai lawatan di delta mekong kami pulang semula ke jeti dan pulang ke bandar ho chi minh dan makan tengahari di 4 season....makan malam di restoren samsudin....pulang ke hotel untuk berehat sebentar....selepas itu sesi membeli belah di pasar malam....









Hari 4(4/12/2010)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas sekitar pasar siang ben than dan check out dari hotel.....bertolak ke lapangan terbang ho chi minh untuk penerbangan pulang ke kuala lumpur (lcct)....

6/12/10

daftar anak ke polijb

minggu lepas, 28 Nov 2010 aku sekeluarga ke jb sebab uruskan anak belajar di polijb, pasir gudang....so kami bertolak dari rumah pada 27 Nov dan menginap di Hotel Selesa.....Setelah selesai urusan dipolijb kami bertolak pulang ke selangor....semoga anak aku dapat belajar di sana dengan baik...amin ya rabbal alamin....

di hotel selesa

berhenti rehat di r n r pagoh

menuju ke bilik hotel-menginap semalam

anak bongsu tak lepaskan peluang mandi-manda
di kolam di hotel selesa

berehat di tepi kolam sambil menemankan
anak mandi kolam

nurul di pntu masuk ke lobi hotel selesa

di bilik hotel kepenatan selepas 5 jam perjalanan

berehat di hadapan bilik nurul

menunggu pendartaran asrama

taman di hadapan bilik nurul


"ooooh tidak"

aku baru balik dari pulau pangkor pada 24 nov .....aku ke sana sbab menghadiri mesyuarat verifikasi emis menggantikan guru data aku yang pergi menunaikan haji....tak kesahlah sebab aku menjangkan sesuatu yang ser0nok akan berlaku kerana aku akan dapat berjumpa dengan member data yang telah 2 tahun aku tak jumpa...

dipendekkan cerita, pada 22 nov aku dan member2 data pun bertolak ke pulau pangkor dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak ppd.....seronok sgtlah aku dapat jumpa dengan guru data lama yang masih kekal dalam emis....ada juga guru data baru.....tapi yg tak seronoknya aku naik feri yg penuh dengan lalat.....macam duduk kat tmpat buangan sampah....dan yang paling mengharu birukan kita orang aku ngan kawan-kawan duduk di belakang dekat dengan tandas.....bayangkan macam mana baunya.....aku rasa duduk dalam feri yang cuma mengambil masa 20 minit dari jeti lumut ke pangkor seperti 20 jam....huh lama betul....

akhirnya feri yang membawa aku dan kawan-kawan tiba di jeti pulau pangkor.....apalagi kami cepat2 bangun dan meninggalkan feri kerana tidak tahan dengan lalat dan bau yang tidak menyenangkan hidung penumpang2 feri berkenaan....

aku rasa ini satu pengalaman pahit buat aku....dah banyak kali aku naik feri ke pulau pangkor tapi inilah pengalaman yang paling tidak akan aku lupa....

inilah feri duta yang meninggalkan
memori aku tu......

21/11/10

sikap sambil lewa~anak zaman sekarang~

ni la anak dara aku yang nak masuk pjb tu.....
aku ni jenis orang yang tak suka buat kerja sambil lewa.....kalu ade perkara2 penting aku akan cepat2 menyelesaikannya.....pantang sekali bagi aku kalu perkara yang penting dianggap enteng walaupun nampak remeh dan tak penting...

sekadar nak berkongsi cerita dengan pembaca.....tentang anak dara aku yang nak masuk politeknik jb ambik jurusan grafik multimedia ni la.....dari ari tu aku dah bising kat dier supaya menyediakan segala keperluan untuk dia mendaftar pada 28 disember ni.....macam2 nak kena diuruskan tapi dier ni jenis selama je...buat kerja sambil lewa....ni kadang2 aku boleh naik hangin......itulah namanye pun anak kalu tak menyusahkan mak bapak memang tak sahlah katakan...anak2 zaman sekarang semua perkara nak kena suap.....

dulu masa aku nak masuk ke maktab takde pun nak menyusahkan sesiapa.....ari pertama je bapak aku antar ke maktab....pastu tu dier tak ambil peduli hal aku sampaila aku kuar maktab....sampaikan masa aku terima sijil pun takde sapa yang datang nengok....

untung anak2 zaman sekarang....

20/11/10

Memanfaatkan Cuti sekolah

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukaria bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Walau apapun, bagi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. 

Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah. Dan apabila pulang dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 

Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.

Anak-anak remaja pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. 

Walaupun ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasan untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insan yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

15/11/10

alamak!!!! duit dah takde la.....

Huh!!!!! Baru beberapa hari gaji dah kata tak ada duit.....Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan perkara utama yang perlu dilakukan ialah tambahkan pendapatan. Jadi, pelbagai usaha perlu dibuat untuk menambahkan pendapatan bukannya duduk diam je.....bak kata pepetah rezeki tak datang bergolek...... Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.


Mengapa ingin aku cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap. Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan – kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam – macam hal disebabkan duit....Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat kerja – kerja terkutuk dan pelbagai macam perkara lagi yang melibatkan duit.

Namun sebelum itu, mari kita renungkan sejenak. Rezeki datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, kita sebagai hambanya haruslah berusaha keras untuk memperolehi rezeki ini. Tiada konsep mudah dalam mencari rezeki. Semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran serta usaha yang tanpa henti supaya akhirnya kita memperolehi rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

12/11/10

gembira sangat

anak-anak didikku
menunggu dengan penuh debaran
menunggu dengan penuh kesabaran
apesal lambat sangat gpk1 ni nak umum
11 nov 2010 aku bangun awal pagi kerana tidak dapat tidur dengan nyenyak. Aku cepat-cepat memandu keretaku ke sekolah. Aku cuba kawal perasaanku yang mula berdebar-debar....aku tidak mempunyai selera makan kerana hari ini merupakan hari yang penting dalam hidup aku dan juga anak didikku....hari ini keputusan upsr keluar...duk... dak... duk.... dak. Terasa nak tercabut jantungku menunggu gpk1 aku balik ke sekolah...membawa keputusan dari PPD.

Aku cuba mengawal diriku....kenapa lambat sangat gpk 1 balik ni....jam tangan yang kupakai menunjukkan pukul 9.45 pagi.... kulihat kereta gpk1 memasuki kawasan sekolah....aku lantas segera menuju ke arahnya...tak sabar rasanya.....Belum lagi dia keluar dari kereta aku pantas menyambut envelope yang berisi keputusan upsr dari tangannya....dengan cepat aku membuka envelope tersebut.....
                                                                                                                                                    
Aku berasa sangat gembira. Tetiba air mata mengalir tanpa kesadaran aku....alhamdulilah usaha aku selama beberapa bulan berbaloi nampaknya....aku dapat menebus kembali maruahku yang aku rasa jatuh pada tahun lepas....keputusan subjek yang aku ajar agak terkebawah dari subjek yang lain....dan paling menggembirakan murid aku ramai yang dapat A dalam bm penulisan....alhamdulilah syukur pada Allah

4/11/10

Semoga Aku Tabah

Banyak kata-kata yang ingin aku luah tetapi tertinggal jauh di sudut hati…Walaupun aku rasa pedihnya tetapi aku sering berfikir lebih baik dipendamkan saja..... dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa aku pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan… 

AKU sendiri tak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi aku cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidahku sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin aku cukup baik dan sempurna. Seberat apapun masalah yang kita hadapi pasti sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus aku jadikan sebuah keyakinan mutlak dalam diri.

Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna di mata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. 

Semoga aku tabah menghadapi.......

PeRiNgAtAn UnTuK DiRiKu DaN PaRa PeMbAcA......


Orang yang x berotak memang suka buat benda2 bodoh…dia X pikir hal orang lain…yang dia tau diri dia puas…orang  yang x berotak suka ambil hak orang lain sesuka hati…X pikir keperluan orang…sebenarnya bukan takde otak...ada otak tapi sprt x berotak..

Orang macam ni hidup dgn angan2 palsu tanpa usaha...Tu juga dinamakan bodoh…
Bodoh tapi berlagak pandai….bodoh sombong kata orang...macam tau semua tapi sebenar nya x tau apa2 ...X pernah ada usaha nak bertanya dan belajar daripada sejarah hidup…Kerana terlalu banyak prasangka …..

Allah tu seperti tuhan yg hanya wujud di saat dlm kesusahan…Angkuh diri hebat padahal ditarik sedikit nikmat terus sujud mintak bantuan tuhan…Kita manusia hanya punya asa…Yg kuasa itu adalah Allah…Jgn lah buang otak lalu menjadi bodoh dan berlagak sombong…

Masih banyak realiti hidup yg perlu dihayati dan dihargai…Semua hanya terjadi dengan keredhaan Allah…Tunduk dan sujudlah mengharap keredhaan-Nya!!! Amin...

23/10/10

lelaki menangis kerana awek....

~ teringat peristiwa semalam ~

betapa malunya menjadi seorang lelaki yang menangis kerana perempuan yang bergelar girlfriend,yang belum tentu jadi isteri...melainkan kalau dia menangis kerana mengenangkan perempuan yang bergelar ibu pada dia,menangis kerana pengorbanan ibu terhadap dirinya...atau menangis kerana perempuan yang bergelar isteri,kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk dirinya.....

Menangis adalah satu perlakuan normal seorang manusia untuk meluahkan perasaan sedih...

Lelaki bukan manusia ke?....
p/s : tapi kalau nangis pasal pompuan.... buat membazir air mata aje

~kata-kata untuk seseorang anak lelaki~

belum pernah melihat
tangisan di sepasang matamu
namun
aku nampak dikeredupan matamu
dalam hati ada rasa bimbang
ada tangisan di hati kecilmu.

aku tidak mahu mencari tangisan itu
bimbang mencabar kelakian mu
pastinya aku tidak mampu menghapuskan
tangisan itu
hanya kerana seorang perempuan

mungkin tangisan itu kerana takutkan Allah
sesal dengan dosa dosa silam
dan kegagalan menyempurnakan tanggungjawap
terutama pada kaum hawa, kaum yg lebih lemah.

~Kata-kata untuk anak itu~

Hadapi dengan senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s hadapi dengan tabah....ada hikmah di sebalik kejadian...ada kemanisan di sebalik kepahitan

~FB~Bahagia @ Bahana

"TAK ADE PESBUK?"........Alah ketinggalan zamanlah...ko tak modenla..tak ragedla.....ini dialog yg biasa kita dgr kalu kengkawan tau yg kita takde pesbuk(FB)...teramatla malu....
sebenarny fb ni ade kebaikan dan juga ade buruknye...sy mula mbuka akaun fb pada jun 2009 dengan tujuan untuk mencari kengkawan empieskay dan juga kengkawan lama sewaktu di alam persekolahan...juga berkomunikasi dengan saudara mara jauh dan dekat dan juga mencari kenalan baru...
pun begitu ada juga yang tidak senang dengan fb ni....mungkin kerana mereka menerima natijah dari laman sosial ini...ada yg menjadikan fb ni sebagai tempat meluahkan perasaan yg tidak munasabah...yg menunjukkan harta benda, kemewahan dan kesenangan diri...ada juga yg menunjukkan kemesaraan bersama insan tersayang dengan pelbagai pos yang kurang senang dilihat...macam2 lagilah...malah yang lebih keterlaluan fb digunakan sbg tempat pergaduhan suami isteri...dengan buah hati..... pun disampaikan dalam fb ni...malah ada yg minta cerai dalam laman soosial ini...masyaAllah
fb akan membawa kebaikan kalau kita gunakan ia ke arah kebaikan tetapi ia menjadi sebaliknya kalu kita gunakan sebagai ruang sembang yang memudaratkan....

22/10/10

KePaDa MU aKu BeRsUjUd

Ku menatap dalam kelam.
Tiada yang bisa kulihat.
Selain hanya namaMu, ya Allah.
Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.
Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.
Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.
Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.
Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.
Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
PadaMu.
Ooo….

21/09/10

kenangan hari raya

Salam.......dah lama aku tak update blog ni...almaklumlah sibuk dengan budak-budak nak peksa UPSR. hari ni aku rasa abis seksa aku sbab peksa bm dah selesai....alhamdulilah

Kengkawan sumer........

Hari raya memang banyak kenangan samada suka atau duka......
so....  best gak kalo kte mengimbau kenangan tu menjelang kedatangan Syawal ni........
citer la kenangan2 raya korang, masa kecik2 dulu ke, masa remaja ke atau masa dah keje, dah kawen, dah ada anak2......... tentu menarik utk kte share kan.......?

baru aku ingat sehari sebelum syawal, tetiba sja seluar baju melayu hubby aku yang misplace....puas aku satu famili cari tak jumpa-jumpa gak....bajunya ade, seluarnya lak takde....haru biru kitarang skurga...

dipendekkan cerita, akhirnya setelah satu jam mencarinya....akhirnya aku jumpa sluar tu kat dalam mesin basuh...upernya aku terlupa nak sidai, naik letih aku....itulah nak pakai sedondon biru akhirnya jadi  cam tu...hahahah

sebenarnya sebelum ni hubby aku dah beli sepasang baju melayu warna coklat....tapi anak-anak aku nak pakai biru, terpaksalah aku beli sepasang baju melayu tuk hubby aku tu...takpela asal kitarang satu famili bahagia...lagipun setahun sekali raya, apa salahnya kan...

kat sini aku postkan gambar aku sekeluarga memakai baju sedondon biru pada raya tahun ni.....

19/08/10

Honda sivic 2.0

uhh...bestnyer kalu raye tahun ni aku dapat naik kereta idamanku ni...honda civic 2.0 auto i-vitec.... dapat yg hybrid lagi best....kalu boleh aku nak kale hitam, hitam tu kan elegan....tapi tak dapat yang hitam yang silver pun ok gak.....tak kesahla apa2 kale....yang penting honda sivic....hehehehe.....sebelum ni hubby aku janji nak belikan kereta tu kalu dia dapat 300k....

tak sabar rasenyer....aduyai, bile? bile? bile? mungkinkah impian aku jadi kenyataan? hubby aku kata sebelum nak puasa, tapi skrang ni dah puasa seminggu dah....semoga impianku ini menjadi kenyataan...amin ya rabbal alamin...


 kale ni yg paling minat sekali.......

 warna putih ni pun boleh la...

warna silver cantik jugak...

11/08/10

1 ramadan

ari ni umat Islam mula berpuasa...aku juga berpuasa (menahan diri dari makan dan minum juga perkara-perkara yng boleh membatalkan puasa). harapanku puasa pertama ni tiada apa-apa yang berlaku....takde niat aku nak mengguris hati sesiapa....niat aku sekadar memberi nasihat, rupanya orang tak suka....malah hatiku yang terluka....

apabila susah cari aku, bila, tapi bila aku tegur dia masamkan muka, aku cakap langsung dia tak nak jawab. geram aku kalu orang tanya die buat selambe dek je.....kecik hati aku....sapa tak sakit hati pemberianku dia gunakan dengan sewenang-wenangnya..., tapi dia punya pasal, pastinya aku beri....

tapi sekarang ni ade perubahan kat perangai die 2....sekarang ni die nak jawab jugak....okla tu. aku pun cuba kawal perasaan aku untuk tidak marah.....alhamdulilah takla sakit hati aku ni.....

27/07/10

impian perlu realistik

kita perlu yakin bagi mencapai impian bukan sekadar dilafazkan atau ditulis dalam kertas saja.....kita perlu jujur dengan impian sendiri dan bukan kerana mahu menyedapkan hati orang yang disayang,....pastikan ia adalah impian anda sendiri, matlamat sendiri....berjanji pada diri sendiri bagi mencapainya dan berusaha ke arah itu.....genggam bara api biar sampai jadi arang....alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan......insyaAllah kita pasti berjaya...amin

22/07/10

beze.....

lega aku rasa ari ni dah berakhirnya minggu kesenian dan kebudayaan islam yang julung kali diadakan di sekolah aku....tapi aku dan kengkawan rasa seronok....sebelum ni tak pernah dibuat kat sekolah aku....aku rasa gembira sangat sebab kumpulan nasyid aku dapat johan...mulanya aku rasa tak konfiden sebab budak2 ada ppp2...3 hari latihan pagi petang aku rasa berbaloi jugak...dah lama aku tak latih nasyid ni....


walaupun minggu kesenian dan kebudayaan dah berakhir tapi ada lagi 2 lagi program pada minggu hadapan yang pastinya akan memenatkan minda dan fizikal aku ni....tapi aku rasa seronok....at least takla tensen sangat mengajar budak dalam 
kelas aje..


                                                              santai dengan wan....


                                                        sempat conduct budak lg....

                                                     melayan budak prasekolah....

                                             murid tahun 6 yang menang nasyid tu....

14/07/10

waktu kokurikulum ganti kelas tambahan

ari ni dah mula kelas tambahan waktu koko....minggu lepas meeting kurikulum aku cadangkan buat kelas tambahan waktu koko...almaklumlah bbudak asli ni payah sangat nak buat ulangkaji di rumah....mak bapa tak kesah hal anak-anak diorang..(ade yang kesah (10% je)....masa belajar kat sekolah je.....

ari ni aku ambil kelas pertama ni....aku nak tebus kemerosotan bm aku masa upsr th 2009....sedih ssgt aku sebab peratus bm pemahaman dan bm penulisan merosot....sedang subjek lain naik mencanak walaupun GPS aku kira ok...huhuhu...tak pela....tahun ni aku nak naikan balik ...tu sebabnya aku kena kerja keras....Ya Allah semoga aku berjaya nanti....

13/07/10

NDO + kenalan

ahad yg lepas aku pergi NDO ikut mama anak bujang aku kat kampus kota kat OUM.....ayahnya pun ikut sekali. sebenarnya aku nak pergi ke situ kira serampang 2 mata....pertama sekali aku nak  kenal dengan orangtua bujang aku tu...yang kedua nak dengar tentang score a....

Seronok juga dapat kenal dengan mama dan ayah bujang tu....mereka sangat peramah dengan aku.....macam dah kenal lama.....tak macam bujang tu, yang selalunya akula yg banyak bertanya itu dan ini sampai dier naik boring dengar cakap aku ari2....

aku ada gtau mamanya apa hubungan aku dengan bujang tu.....mamanya suka sebab ada orang yang ambil kesah hal anak dier....mereka berdua minta aku tengokkan anak mereka......memang selama ini pun aku ambil kesah sesangat dengan bujang tu......kalau tak masakan aku selalu bergaduh dengan dier.....sebab aku ambil kesahlah....

8/07/10

ayo yo...

ari ni jadual aku padat sekali...masa free aku cuma 1/2 jam.....baru aku naak berkemas-kemas nak balik datang cikgu sekolah tamil telok merbau, si kanamah kawan hem akulah.....cam biasa dia datang tu nak minta tolonglah....

ayo yo....selamatlah aku....dia minta tolong printkan laporan smm....dia bagi 'pendrivenye yang banyak menternak virus...pastu datanya tak boleh buka...ada ke guna 'shortcut' dalam pendrivenya....mana boleh buka....Dier gtau aku cikg data smm tak dapat nak print. yang aku geram sgt tu tak telefon aku dia nak datang...nasib tak baik aku lambat balik sebb ade hal dengan staf bank rakyat.......

sebenarnya aku dah tak pegang data smm ni...tapi tau la nak uruskan sebab kkdg cikgu smm aku ada jumpa aku kalau dia ada masalah....semalam pun aku ade bincang pasal hal ni.....

tapi data sk tu ada masalah bila aku periksa laporannya...ada ralat...so aku bgtau dia supaya betulkan datanya....ada ke dia nak suruh aku buat...tak nak la...aku suruh dia balik betulkan dulu....banyak kerenah betullah dia....kul 4 lebih baru aku balik ke rumah dengan keletihan yang amat sangat....tapi tak apalah sekurang-kurangnya masalah cikgu tu aku dah clearkan sedikit....aku gtau dia kalau nak jumpa aku boleh datang esok lepas rehat....insyaAllah aku akan bantu dia....

mendung tiada lagi, langit kembali cerah

alhamdulilah syukur ku ke hadrat Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada hambaNya...semalam permasalahan yang melandaku terlerai sudah.....mendung yang menyelubungi hidupku beberapa hari yang lalu kini kembali cerah....
walaupun hari ini aku sibuk tetapi dadaku terasa lapang....semoga keceriaan ini berterusan sampai bila-bila....aku tidak mahu ianya terjadi kerana sangat menyakitkan hati ini....terima kasih ya Allah...atas segalanya....amin ya rabbal alamin

6/07/10

alhamdulilah, ok dah

pagi-pagi lagi ke sekolah dengan harapan masalah aku dengan anak bujang aku selesai...aku dah penat dah memikirkannya....biarlah aku mengalah....aku ni tak boleh nak simpan masalah ni dengan lebih lama....sakit hati aku rasa....

syukur alhamdulilah aku dengan anak bujang aku dah ok...aku harap dier supaya jadi dier yg dulu yg rajin datang keje, tak malas lagi....

sedih juga bila gb tunjukkan pada aku surat permohonannya untuk pindah ke putrajaya....bagaimanapun aku doakan dier dapat pindah ke tempat kerja yang dekat dengan rumah dier...semoga di tempat kerja dier yang baru nanti dier akan jadi yang terbaik....kalau dier dapat pindah nanti tak adalah lg kawan untuk bergaduh...huhuhu....sedih jugak aku rasa.....

24/06/10

AnUGeRaH LaGI_GURU DEDIKASI

Hari ini adalah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang tahun 2010.  Pada hari ini jugalah aku aku telah menerima Anugerah Guru Dedikasi bagi Kategori Sekolah Rendah. Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh dapat anugerah ini. Guru Besarlah yang memberi kepercayaan kepada aku untuk semua ini termasuklah mantan guru besar aku...Sebelum ini beberapa anugerah telah aku terima sepanjang aku menjadi guru, yang aku ingatlah pertama kali aku terima anugerah pada tahun 1998...masa tu aku tengah sarat mengandung anak aku yang nombor 3. Aku dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Selepas itu aku dapat anugerah guru inovatif berkumpulan dengan Devaki (mewakil N Selangor ke peringkat kebangsaan) dan anugerah khas dari pejabat pelajaran Daerah Sepang pada tahun 2006. Pada tahun 2007 aku sekali lagi mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Aku juga pernah mendapat anugerah dekan masa aku belajar kat universiti (belajar main-main je) pada tahun 2008. Selain anugerah yang besar, beberapa anugerah lain aku juga pernah terima kat sekolah...(tak payah sebut la...banyak sangat).

Sememangnya aku merasa terharu dan teruja atas anugerah ini kerana aku rasa ramai guru lain di daerah ini yang lebih layak daripada aku. Tapi mungkin ini rezeki aku....Alhamdulilah, terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini.


Bergambar bersama sijil dan plak...

Bergambar bersama fateha

Bergambar bersama mantan gb

Template by:

Free Blog Templates