24/01/11

macam2 hal.....

ari ni aku kepenatan yang amat sangat....sebab ape?
hari isnin nila jadual aku padat....takde nak rest...
pulak tu ramai cikgu tak datang...
sekolah kecik, cikgupun tak ramai...
ada yang pegi meeting.....
ada yang duk hospital...kena buatan orang(hahaaaaaa-alahan mengandung)
ada yang mc sebab jari kaki cedera...
nasib baik tak kena relief....
ha....ade seorang cikgu yang datang sekolah pulak tetiba sesak nafas....
biasalah aku ni kan pa sekolah......terpaksala menyetelkan hal dia....
gb pulak datang tanya itu ini, nak data tu data ni......
nasib baik aku tak sesak nafas....
naik ke tengahari meeting pss .....
akhirnya pukul 2.30ptg aku sampai ke rumah dengan kepenatan yang amat sangat....

23/01/11

baca jgn xbaca....aduh!!!!

apesal aku ni....kata nak interview...tapi malas nak baca nih....
aduh!!!!!!!!1 apa aku nak buat ni.....
sebenarnya fikiran aku berkecamuk.......teringat benda lain....
entahlah.....
Ya Allah.......

11/01/11

AnA RaFaLi ~ToLoNg iNgAtKaN AkU

~Semoga famili dan kawan-kawan dapat mengingatkan aku sekiranya aku tergelincir dari landasan hidup~

Jangan disusun kata-kata penamat

Jangan disebut baris ayat keramat

Biar lenyap diserap sunyi

Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima

Biar luka sembuh sendiri

Biar lupa ditebus hari

Chorus

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa

Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku

Kisah kita

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

Kisah kita

10/01/11

erm.....interview?

Minggu lepas aku dapat surat interview dg41...seronok aku rase tapi rasa gementar pun ada jugak, maklum la dah lama rasenya tak pergi interview...last sekali aku ingat masa selepas aku posting jadi cikgu....22 tahun yang lalu...masa tu kat pwtc.....
kali ni aku kena interview kat putrajaya...kat kompleks jpm....
apa-apapun aku kena buat preparation....
kuharapkan doa dari keluarga dan kalian yang membaca blog ini....semoga aku dapat menjawab soalan dari penemuduga dengan tenang...amin ya rabbal alamin.....


ni surat temuduga untuk dg41
yang aku terima.........
 

2/01/11

cikgu rajin vs cikgu malas......

esok dah mula sekolah...nak cerita sikit perangai cikgu2 ni....
dengar je isu ni....mungkin ada yang melenting....rasa-rasanya dah ramai orang tahu..... isu ini bukanlah isu besar....tapi untuk nasihat bersama, isu ini aku timbulkan sebab mesti korang semua ada yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu yang rajin dan juga cikgu-cikgu yang malas....

Cikgu-cikgu yang rajin.

Semua kerja dia buat....apa yang gb suruh mesti buat....apa yang PPD suruh buat, dia juga buat..... semuanyalah...lengkap dan tanpa kesalahan dan silap hari bulan, apa yang cikgu ni buat memang purr..fect!!!!! kalaulah gb sesebuah sekolah tu dapat cikgu yang rajin macam ni, memang siap buat sujud syukur lagi....mungkin boleh buat kenduri kesyukuran kot....yelah, tak semua cikgu begitu rajin....macam nak buka sekolah besok rpt buat, kkt buat, huraian sukatan lengkap, silibus lengkap, mengajar pelajar pun bagus, pelajar pun suka kat cikgu rajin ni..fuhh....pendek kata, memang cikgu-cikgu rajin ni disukai ramai.. cuma mungkinlah ada orang akan kata cikgu ni skema sangat. wehh..cikgu memang kena skema kan? Takkan nak poyo-poyo pulak....dah nama pun cikgu, mestilah tunjuk contoh dan peribadi yang baik bukan? ya..itulah antara ciri-ciri cikgu yang rajin dan baik. Dan mungkin juga dihormati oleh semua orang....

“Cikgu ni skemalah!”
Tak apa. Biarlah orang nak kata apa...tapi cikgu-cikgu jangan terasa ye.. ini semua cobaaannn..memang benar2 berlaku...macam kat sekolah aku...

Cikgu-cikgu yang malas..

cikgu jenis macam ni bukannya tak rajin....Cikgu ni cuma ada sedikit pemalas sahaja....apa cikgu lain buat, dia tak buat....jika buat pun, marah-marah aje kerjanya...itulah inilah...ada sahaja alasan dan bebelnya bila hendak buat kerja... PPD suruh buat kerja, tak nak buat. gb suruh buat kerja...pun tak nak buat.... dah bagi amaran...mulalah mata tu nak menjeling-jeling manja....bila kawan dah nasihat, mulalah bukak hujah mempertahankan diri....hujung cerita, hati memberontak dan ada yang jadi mangsa meluahkan perasaan. Itulah hakikatnya....tapi ada juga cikgu yang malas ni dia malas part-part tertentu aje...tak semua bahagian...time sukan, memang cikgu ni malas nak pergi....bukan apa, cikgu ni gemok....berat dia lebih 90 kilogram....manalah nak larat kejar budak dan bersukan....kalau cikgu-cikgu tak bersukan, pelajar-pelajar perlu kita pula...

“Cikgu suruh kita bersukan. Buat itu ini. Berlari, berjogging. Tapi cikgu tak bersukan pun..”

Haa, kalau kena macam tu dengan pelajar-pelajar tu. Apa kesnya? tak ke malu jadinya.. Jadi, bawak-bawaklah berusaha untuk menguruskan diri. ...jangan jadi mangsa perli dengan pelajar kita tu....pelajar-pelajar sekarang ni, mulut memang jenis tak ada insuran...jadi, kita kena telanlah dengan terjahan laser dari mulut diorang....itu pasallah ramai Cikgu-cikgu yang dulunya rajin dah jadi cikgu malas. (Tak semua orang tau!)

Itu baru satu part....belum lagi part bab-bab buku rekod dan sebagainya....itu kita cerita lain kali yek....pokoknya, cikgu-cikgu rajin dan cikgu-cikgu malas ni kena bekerjasama dan sentiasa berdaya saing....ya, kita tahu yang semua orang ada pendapat dan hujah masing-masing...lagi-lagi bila kena hentam dan dikatakan sebagai cikgu yang tidak beretika, cikgu yang pemalas dan cikgu yang tidak bertanggungjawab....jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku, kita mesti buktikan yang kita memang bukan seorang cikgu yang malas. Boleh?

Ps: Ada sorang cikgu. Dia cukup malas. Tahu dia malas apa? Dia malas tidur dalam kelas. Hehe.....

Terdapat ralat dalam alat ini

Template by:

Free Blog Templates