28/02/11

suami malas bekerja....sape susah?

kenapa yer sekarang ni ramai suami yang malas nak bekerja?
seorang suami bekerja untuk menafkahi keluarganya....
tetapi sayangnya ada suami yang tidak mau bekerja.....
Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah.
Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah....
kalau suami tak bekerja hal seperti ini boleh memberi masalah kepada diri dan keluarganya....
Apakah yang harus diperbuat istri bila ini terjadi pada keluarganya?

Ada yang suami yang tidak mau bekerja selagi belum memperoleh pekerjaan yang diidamkannya....
Dulunya dia bekerja namun kemudian kehilangan pekerjaannya.....
Ia menolak untuk melakukan pekerjaan lainnya sebab ia merasa tidak sesuai....
Ada yang tidak mau bekerja karena merasa kecewa atau sakit hati dengan pekerjaannya....
Mungkin ia diberhentikan dengan cara yang tidak adil atau ia diperlakukan secara buruk....
Ada yang tidak mau bekerja karena sukar berhubung dengan orang.....
Ada yang tidak mau bekerja karena memang ia seorang yang malas....
dia mau hidup senang tanpa mengeluarkan tenaga dan merasa tidak apa-apa memanfaatkan istri....
tak malu betullah suami yang macam ini.....

Alhamdulilah suami aku dan suami adik-beradik aku semuanya bekerja.....
ade yang bergaji besar...
ade yang bergaji sederhana....
tapi suami adik-beradik belah suami aku ada yang tak bekerja....
asyik mengharap duit dari isterinya....
kalu gaji isterinya besar tak apela....
entahlah dunia sekarang....

25/02/11

harijadi hubby aku....

hari ni harijadi my hubby...
dah seminggu aku fikir nak bagi pe kat dier.....
nak bagi perfum dia dah ade....
nak bagi baju, dia pun dah de jugak....
nak bagi ape pun aku tak tau.....

selalunya kalau harijadi kitarang sekeluarga akan keluar makan-makan....
tapi tahun ni rasenya tak kot.....
sebabnya 2 orang anak aku tak ada kat umah ni....
diaorang belajar jauh....
satu kat jb, satu lagi kat bentong...

dari tak ada apa aku ke kedai kek kat sungai pelek...
so aku pun belilah kek untuk hubby aku tuh...
hadiah lain?....
nantila aku belikan kemudian....
so, untuk hubby aku ucapkan selamat harijadi....
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
semoga hidup kami sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat....




ni kek ari jadi yang aku beli

hubby sedang meniup lilin....


sirih junjung

baru-baru ni mantan gb minta buatkan sirih junjung untuk anaknya nak kahwin....
ingatkan dia main-main....
rupa-rupanya betul dia nak aku dengan kak mila buatkan....
serba salah aku.....esok pulak ade mesyuarat agung pibg....takut tak sempat...
camne pun aku akan cuba....
kak mila kata boleh.....
so, akhirnya dapat jugak aku ngan kak mila menyiapkan sirih junjung yang mantan gb aku tu nak....

walaupun seperti bidan terjun....kira ok la...

ni la sirih junjung bidan terjun...
sebahagian bunga tu kak mila punya....
ade juga yang aku beli kat kedai jessey....

24/02/11

TiP KeBaHagIan RuMahTaNGa

entri ni saja aku buat kat blog ni untuk rujukan aku dan juga kot2 ada pembaca yang singgah kat blog aku ni lah...

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.


~semoga mendapat manfaat~

ajar hubby.....

ari tu aku ade tulis tentang hobi hubby aku sekarang ni....
ha....masuk jim...pastu sibuk cari bahan tentang pemakanan tuk kesihatan....
tapi semua bahan tu banyak dalam bi...
so aku terpakse ajar dier camne nak translate bahan2 dalam bi tu supaya dia faham....
almaklumla....bahan dalam bi tu xberapa nak faham...

ni kat sini aku tunjukkan hubby aku camne nak translate bahan bacaan dalam bi ke bm.....
1. buka laman/wbsite yang dalam bi tu
2. hightlihtkan bahan tu....
3. buka google klik translate....
4.  pastu buka ms words
5. bahan yg dah translate tu copy...
7. klik kat ms words paste kan...
8. save...
9. selesai

akhirnya, hubby aku dapat bahan dalam bi tu dalam bm....
alhamdulilah...

~pembelajaran sepanjang hayat~

21/02/11

Doa Melembutkan hati Anak Yang Degil

Sekadar ingin berkongsi maklumat....

Baca Surah Ta-Ha Ayat 1 hingga 5
Hembuskan pada umbun kepala anak semasa tidur atau pada hidungnya semasa dia menarik nafas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[20.1] Taa' Haa.
[20.2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[20.3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah (Allah).
[20.4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[20.5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

InsyaAllah, jika diamalkan selalu anak-anak akan menjadi rajin belajar dan lembut hati mereka...
Amin ya rabbal alamin....

20/02/11

Diet Mengikut Jenis Darah...

Dah 2 minggu hubby masuk gim untuk menyelimkan perutnya yang boroi tu.....
Kebetulan pagi tadi aku jumpa seorang emak anak murid aku di tempat kenduri kahwin di kampungku bercerita tentang cara menguruskan berat badan dengan cara melihat jenis darah seseorang...
So, aku pun mulalah mencari-cari artikel tu sebagai rujukan untuk aku dan hubby dan aku seperti di bawah ini.....

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:


• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

~Terima kasih pada emak anak murid aku yang berikan info ni....~

18/02/11

erm....cakap salah....tak cakap sakit hati....

tak taula aku nak cakap apalagi dah....
memang keras kepala betul....
bagi nasihat langsung xnak dengar....

kata rang sabar tu separuh dari iman...
dah banyak bersabar....
aku bukannya malaikat....
langsung xfikirkan hati dan perasaan orang...
langsung xkisah.....

nak cakap pe lagi....
geram ada ....
pening ada....
sakit hati pun ada....

bukannya mintak disembah....
bukannya minta dipuji....
hormat dan faham sikit pun dah cukup...

ingat 2, lupa 2....

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?
Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

•INGAT (1)
Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

•LUPA (1)
Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

•INGAT (2)
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

•LUPA (2)
Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

InsyaAllah kalau diamalkan petua yang datangnya dari http://hidupaku-zackwan.blogspot.com/2010/10/petua-hidup-bahagia.html

~ Hidup perlu pengorbanan
   Pengorbanan perlukan perjuangan
   Perjuangan perlu ketabahan
   Ketabahan perlu keyakinan
   Keyakinan menentukan kejayaan
   Kejayaan menentukan kebahagian ~

berusaha, berdoa dan bertawakal

Tetiba saja aku terfikir....
Ramai orang di dunia ini yang mengalami kegagalan.....
Tak ada orang yang jalan hidupnya selalu lancar...
Kekadang ia sukses, ada waktunya juga ia gagal....

Aku teringat semasa zaman aku kecik-kecik dulu....
Masa aku mula belajar menunggang basikal....
Banyak kali aku terjatuh....
Lalu aku bangun......
Jatuh lagi dan jatuh jatuh lagi....
Tapi kerana aku bersungguh-sungguh dalam belajar, berusaha, semangat.....
Dan tidak lupa juga berdoa, walaupun aku gagal akhirnya aku berjaya menunggang basikal.....
“ Aku dah pandai……”
Betapa senang hati aku saat aku pandai menunggang basikal.....

Teringat juga aku sewaktu aku mula belajar di universiti....
Almaklumlah....dah tua baru dapat belajar.....
Pening kepala aku dibuatnya sebab nak mengingat.....
Dalam belajar hendaknya kita semangat.....
Selalu berusaha dan berdoa...
Misalnya saja saat aku belajar mata pelajaran sains.....
Sebelum belajar kita berdoa.....
Aku tak ingin membiarkan kebodohan menghampiri diri aku....
Aku nak juga macam orang lain....
Akhirnya aku berjaya.....
Berkat kegigihan aku.....

Tiada yang tidak mungkin di dunia ini.....
Asal kita ada kemauan, di situ ada jalan....
Berusahalah.....berdoa....bertawakal....
InsyaAllah berjaya.....

17/02/11

Amalan murah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al- Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

16/02/11

Bahagia dan derita

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan".

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan.
Kepada manusia - Kebebasan.

~pedoman untuk aku menjadi yang terbaik~

15/02/11

Sesuci Hati

Hari ini sambutan maulidur rasul.....
Sempena memperingati junjungan nabi aku membaca beberapa artikel yang boleh dijadikan pengajaran. Salah satu artikel yang aku baca ini diharapkan dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua......

Rasulullah amat membenci mereka yang suka berbohong (menipu). Ia adalah perbuatan yang buruk di mata utusan Allah kesayangan kita ini. Menipu bukan sifat manusia beriman. Orang yang beriman kepada Allah, sama sekali tidak akan berbohong.
Sabda Rasulullah : ‘ bercakap benar walaupun ia pahit’.

Orang yang beriman kepada Allah tidak akan berbohong dan menipu. Apatah lagi berbohong kepada perkara-perkara yang benar. Menipu menjadi sifat orang-orang munafik dan kafir. Balasan akhirat kepada orang yang suka berbohong amat pedih sekali. Seksaannya bukan satu seksaan yang ringan tetapi ia adalah seksaan yang berat dan menyeksakan.

Kisah Seksaan Seorang Pendusta (Pembohong)
Ada sebuah kisah di dalam kitab Shahih Bukhari berkaitan seksaan kepada orang yang berbohong di akhirat. Kisah berkenaan adalah seperti berikut :

….Rasulullah S.A.W lalu bersabda :
“ tetapi malam tadi aku bermimpi. Aku didatangi oleh dua orang lelaki. Keduanya memegang tanganku dan membawaku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba ada seorang lelaki sedang duduk dan seorang lagi lelaki sedang berdiri. Lelaki yang sedang berdiri itu memegang besi. Ia menusukkan besi itu pada rahang lelaki yang duduk hingga tembus ke tengkuk. Lalu melakukan hal yang sama pada rahang yang satunya. Kedua rahang itu remuk menjadi satu. Rahangnya kemudian pulih kembali seperti sedia kala dan lelaki itu kembali melakukan (penyiksaan) itu lagi”

Aku bertanya : “Apa ini?”
Kedua lelaki itu berkata : “Ayuh teruskan perjalanan”.
Aku katakan : “ Kalian berdua telah membawa aku berkeliling malam ini. Khabarkanlah kepada aku apa yang telah aku lihat”.

Keduanya menjawab : “baik”
“ Yang kau lihat dihancurkan rahangnya adalah seorang pendusta (pembohong). Ia berbicara dengan kedustaan. Kedustaan itu terus dibebankan padanya sampai setinggi ufuk. Ia akan diseksa sedemikian sehingga hari kiamat”.

(Rujukan daripada buku Di Atas Sajadah Cinta, Habiburrahman El Shirazy halaman 184&186)

Daripada kisah ini jelas menunjukkan bahawa seksaan kepada seorang pendusta (pembohong) adalah seksaan yang amat azab sekali.

Setiap Kebohongan Dicatat

Ada satu hadis ketika Rasulullah SAW dibawa kepada Aisyah RA pada malam pengantin. Mereka dihidangkan semangkuk susu. Rasulullah SAW minum dan kemudian bagi pada Aisyah RA. Kemudian disuruh bagi kepada Asma’ dan gadis-gadis yang lain. Asma’ menolak dengan alas an ia tidak lapar. Rasulullah menegur :

“ Jangan campurkan malumu dengan lapar dan jangan bohong kerana setiap kebohongan akan dicatat”.
Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa setiap kebohongan yang dilakukan oleh kita akan dicatatkan dan ia akan diadili di akhirat kelak. Setiap kedustaan yang dilakukan oleh kita akan ditimbang dengan sewajarnya oleh Allah di akhirat kelak

Ciri-Ciri Orang Munafik
Sabda Rasulullah SAW :
3 sifat orang munafik ialah apabila ia diberi Amanah ia Khianat, Apabila ia beranji ia mungkir dan apabila kita berkata-kata ia berdusta.

Hadith ini menerangkan 3 sifat orang munafik iaitu khianat, mungkir janji dan berbohong. Setiap orang beriman, mestilah menjauhi sikap orang munafik seperti yang diterangkan di dalam hadis nabi ini. Muhasabah diri kita apabila sendiri sama ada kita tergolong di dalam salah satu sifat munafiq ini. Jika ada, bertaubat nasuha lah kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Kesimpulan
Allah dan Rasulnya amat membenci orang yang suka berdusta. Amat banyak dalil-dalil di dalam Al-Quran dan Al-Hadis yang melaknat dan mengisahkan mengenai murka Allah kepada pendusta. Maka jauhilah sikap suka berkata dusta kerana ia perbuatan yang dibenci oleh Allah. Berkata benarlah walaupun ia pahit. Semoga kita menjadi hamba yang benar-benar menurut perintah dan larangan Allah.
Wallahualam.

~Tinta Emas~

~muhasabah diri~
Aku rasa cerita tadi terkena juga pada diriku....
Kekadang aku terpaksa berbohong....
Dan kekadang aku juga dibohongi....
Ya Allah.....ampunkan dosa hambaMu ini.....

13/02/11

Hukum Menyambut Hari Velentine Day adalah Haram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day

Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.

Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

*Sumber dari JAKIM*

12/02/11

cerita hubby aku....

mlm ni aku takde idea nak tulis ape....
niat dihati nak create buku foto untuk mantan gb aku ....
aku ingat nak bagi kat dier masa majlis minggu depan...
tapi malas pulak rasenya...

so aku nak tentang hubby aku sikit....
hubby aku sekarang dah ada hobi....
nak tahu???????????
ha....sekarang ni dia tengah minat masuk jim....
ni dah 3 hari dah....
aku tengok dia seronok betul.....
dia kata nak kempiskan perutnya yang boroi tu....
aku tak kesah sebab tu duit dia....
ingat suatu hari aku nak ikut dia masuk jim...
nak kempiskan peha ngan lengan aku ni.....
mesti besssssssssstttttt

2/02/11

learn from yesterday. live for today. hope for tomorrow.

learn from yesterday. live for today. hope for tomorrow.

biar pun kata2 ni bukan dari petikan hadis mahupun ulama..tapi, secara peribadinya..aku menggemari 'sayings' itu. simple tetapi mendalam maksudnya...
entah kenapa, sejak minggu lepas, jiwa aku 'kacau'...
adakah kerana aku terlalu letih?
atau kerana hati aku pedih?
dan apa yang pasti, sudah lama air mata ku tidak mengalir sebegitu laju...
dan hari ini...aku tak pasti,
adakah aku yang bersalah?
atau aku kini dihambat rasa bersalah?
atau bagaimana?
ya Allah...ingin sekali aku memadamkan memori minggu lepas...tapi, aku cuma manusia...
siapalah AKU tanpa MU..yang merancang tiap detik hidup ku..
insyaAllah...hidup ini aku teruskan jua...
aku buat semua ini untuk kau
kerana tanggungjawab yang aku terima!
so...

Terdapat ralat dalam alat ini

Template by:

Free Blog Templates