24/06/10

AnUGeRaH LaGI_GURU DEDIKASI

Hari ini adalah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang tahun 2010.  Pada hari ini jugalah aku aku telah menerima Anugerah Guru Dedikasi bagi Kategori Sekolah Rendah. Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh dapat anugerah ini. Guru Besarlah yang memberi kepercayaan kepada aku untuk semua ini termasuklah mantan guru besar aku...Sebelum ini beberapa anugerah telah aku terima sepanjang aku menjadi guru, yang aku ingatlah pertama kali aku terima anugerah pada tahun 1998...masa tu aku tengah sarat mengandung anak aku yang nombor 3. Aku dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Selepas itu aku dapat anugerah guru inovatif berkumpulan dengan Devaki (mewakil N Selangor ke peringkat kebangsaan) dan anugerah khas dari pejabat pelajaran Daerah Sepang pada tahun 2006. Pada tahun 2007 aku sekali lagi mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Aku juga pernah mendapat anugerah dekan masa aku belajar kat universiti (belajar main-main je) pada tahun 2008. Selain anugerah yang besar, beberapa anugerah lain aku juga pernah terima kat sekolah...(tak payah sebut la...banyak sangat).

Sememangnya aku merasa terharu dan teruja atas anugerah ini kerana aku rasa ramai guru lain di daerah ini yang lebih layak daripada aku. Tapi mungkin ini rezeki aku....Alhamdulilah, terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini.


Bergambar bersama sijil dan plak...

Bergambar bersama fateha

Bergambar bersama mantan gb

Terdapat ralat dalam alat ini

Template by:

Free Blog Templates