21/11/10

sikap sambil lewa~anak zaman sekarang~

ni la anak dara aku yang nak masuk pjb tu.....
aku ni jenis orang yang tak suka buat kerja sambil lewa.....kalu ade perkara2 penting aku akan cepat2 menyelesaikannya.....pantang sekali bagi aku kalu perkara yang penting dianggap enteng walaupun nampak remeh dan tak penting...

sekadar nak berkongsi cerita dengan pembaca.....tentang anak dara aku yang nak masuk politeknik jb ambik jurusan grafik multimedia ni la.....dari ari tu aku dah bising kat dier supaya menyediakan segala keperluan untuk dia mendaftar pada 28 disember ni.....macam2 nak kena diuruskan tapi dier ni jenis selama je...buat kerja sambil lewa....ni kadang2 aku boleh naik hangin......itulah namanye pun anak kalu tak menyusahkan mak bapak memang tak sahlah katakan...anak2 zaman sekarang semua perkara nak kena suap.....

dulu masa aku nak masuk ke maktab takde pun nak menyusahkan sesiapa.....ari pertama je bapak aku antar ke maktab....pastu tu dier tak ambil peduli hal aku sampaila aku kuar maktab....sampaikan masa aku terima sijil pun takde sapa yang datang nengok....

untung anak2 zaman sekarang....

20/11/10

Memanfaatkan Cuti sekolah

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukaria bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Walau apapun, bagi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. 

Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah. Dan apabila pulang dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 

Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.

Anak-anak remaja pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. 

Walaupun ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasan untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insan yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

15/11/10

alamak!!!! duit dah takde la.....

Huh!!!!! Baru beberapa hari gaji dah kata tak ada duit.....Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan perkara utama yang perlu dilakukan ialah tambahkan pendapatan. Jadi, pelbagai usaha perlu dibuat untuk menambahkan pendapatan bukannya duduk diam je.....bak kata pepetah rezeki tak datang bergolek...... Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.


Mengapa ingin aku cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap. Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan – kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam – macam hal disebabkan duit....Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat kerja – kerja terkutuk dan pelbagai macam perkara lagi yang melibatkan duit.

Namun sebelum itu, mari kita renungkan sejenak. Rezeki datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, kita sebagai hambanya haruslah berusaha keras untuk memperolehi rezeki ini. Tiada konsep mudah dalam mencari rezeki. Semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran serta usaha yang tanpa henti supaya akhirnya kita memperolehi rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

12/11/10

gembira sangat

anak-anak didikku
menunggu dengan penuh debaran
menunggu dengan penuh kesabaran
apesal lambat sangat gpk1 ni nak umum
11 nov 2010 aku bangun awal pagi kerana tidak dapat tidur dengan nyenyak. Aku cepat-cepat memandu keretaku ke sekolah. Aku cuba kawal perasaanku yang mula berdebar-debar....aku tidak mempunyai selera makan kerana hari ini merupakan hari yang penting dalam hidup aku dan juga anak didikku....hari ini keputusan upsr keluar...duk... dak... duk.... dak. Terasa nak tercabut jantungku menunggu gpk1 aku balik ke sekolah...membawa keputusan dari PPD.

Aku cuba mengawal diriku....kenapa lambat sangat gpk 1 balik ni....jam tangan yang kupakai menunjukkan pukul 9.45 pagi.... kulihat kereta gpk1 memasuki kawasan sekolah....aku lantas segera menuju ke arahnya...tak sabar rasanya.....Belum lagi dia keluar dari kereta aku pantas menyambut envelope yang berisi keputusan upsr dari tangannya....dengan cepat aku membuka envelope tersebut.....
                                                                                                                                                    
Aku berasa sangat gembira. Tetiba air mata mengalir tanpa kesadaran aku....alhamdulilah usaha aku selama beberapa bulan berbaloi nampaknya....aku dapat menebus kembali maruahku yang aku rasa jatuh pada tahun lepas....keputusan subjek yang aku ajar agak terkebawah dari subjek yang lain....dan paling menggembirakan murid aku ramai yang dapat A dalam bm penulisan....alhamdulilah syukur pada Allah

4/11/10

Semoga Aku Tabah

Banyak kata-kata yang ingin aku luah tetapi tertinggal jauh di sudut hati…Walaupun aku rasa pedihnya tetapi aku sering berfikir lebih baik dipendamkan saja..... dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa aku pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan… 

AKU sendiri tak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi aku cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidahku sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin aku cukup baik dan sempurna. Seberat apapun masalah yang kita hadapi pasti sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus aku jadikan sebuah keyakinan mutlak dalam diri.

Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna di mata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. 

Semoga aku tabah menghadapi.......

PeRiNgAtAn UnTuK DiRiKu DaN PaRa PeMbAcA......


Orang yang x berotak memang suka buat benda2 bodoh…dia X pikir hal orang lain…yang dia tau diri dia puas…orang  yang x berotak suka ambil hak orang lain sesuka hati…X pikir keperluan orang…sebenarnya bukan takde otak...ada otak tapi sprt x berotak..

Orang macam ni hidup dgn angan2 palsu tanpa usaha...Tu juga dinamakan bodoh…
Bodoh tapi berlagak pandai….bodoh sombong kata orang...macam tau semua tapi sebenar nya x tau apa2 ...X pernah ada usaha nak bertanya dan belajar daripada sejarah hidup…Kerana terlalu banyak prasangka …..

Allah tu seperti tuhan yg hanya wujud di saat dlm kesusahan…Angkuh diri hebat padahal ditarik sedikit nikmat terus sujud mintak bantuan tuhan…Kita manusia hanya punya asa…Yg kuasa itu adalah Allah…Jgn lah buang otak lalu menjadi bodoh dan berlagak sombong…

Masih banyak realiti hidup yg perlu dihayati dan dihargai…Semua hanya terjadi dengan keredhaan Allah…Tunduk dan sujudlah mengharap keredhaan-Nya!!! Amin...

Terdapat ralat dalam alat ini

Template by:

Free Blog Templates