13/03/11

Kongsi Perasaan


Entri kali ni aku nak cerita tentang perasaan...
Perasaan kita boleh berubah-ubah.....
Kekadang kita mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa....
Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah....
Kita perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan....

Kenapa seseorang memendamkan perasaan....
~Malu
~Takut menjadi bebanan kepada orang lain
~Terlalu peribadi untuk dibincang
~Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
~Bimbang akan reaksi orang lain
~Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
~Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
~Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan kita
~Ketahui perasaan kita
~Luahkan perasaan kita
~Dengar pendapat orang lain tentang perasaan kita
~Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Kita Berkongsi Perasaan
~Merasa lega
~Mengurangkan tekanan
~Cari penyelesaian kepada permasalahan kita
~Kita akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
~Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri kita

Template by:

Free Blog Templates