1/05/12

Persiapan Raya Tahun Ni

Assalamualaikum semua....
Rasanya dah lama sngat aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku sibuk menguruskan blog sekolah. Tetiba pulak hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang persiapan hari raya walaupun ada 3 bulan lagi sambutan itu akan diadakan.

Lagi dua bulan lebih kita akan menghadapi bulan Ramadhan, iaitu bulan yang pastinya memeningkan kepala. Bukan pening kerana sukar untuk melaksanakan ibadah puasa tersebut, tetapi pening kerana memikirkan tentang selepas puasa tersebut (hari raya.. :-( ). Ya, bila sahaja hari raya menjelang tiba, ramai orang yang akan mengeluh sampai berpeluh mengenangkan tentang persiapan untuk hari raya nanti. Memang banyak wang diperlukan untuk beraya ni.
  • Duit raya untuk anak-anak, adik-adik, anak buah, cucu-cucu, cicit-cicit, bla..bla..bla…
  • Duit untuk beli baju raya baru, baju anak ( bukan cukup sepasang seorang....paling tidak 3 pasang) , , baju parents, mertua…
  • Beli barang untuk persiapan raya, hias rumah, perabot baru…
  • Untuk beli kuih raya, buat open house, berziarah, bersedekah…
  • Berzakat…
  • dan macam-macam lagi…
Secara jujur aku katakan, aku sendiri sering menghadapi masalah kewangan apabila tiba sahaja hari raya ni. Memang pening kepala lah kata orang. Kalau tak betul-betul merancang memang “pokai” dibuatnya. Pasti ada yang berkata pada aku “Belum pun puasa lagi, dah nak fikir pasal raya dah? Apa la Yatie ni”. Tapi aku rasa memang semua orang pun mengalami masalah yang sama – masalah tak cukup duit untuk beraya.

Bukan maksud aku untuk tidak mementingkan tentang ibadah puasa. Puasa tetap puasa, itu perkara wajib. Tetapi apa yang aku ingin kongsi di sini adalah, betapa pentingnya perancangan dan persiapan awal untuk menghadapi hari raya yang akan datang ini. Kalau tak betul-betul merancang dan menyimpan untuk bajet raya nanti, memang tak beraya la jawabnya hehe....

So, hari ini aku merancang hendak ke Jakel Shah Alam untuk menambah koleksi baju raya aku dan juga anak-anak aku la....Jom ke bershopping.

Template by:

Free Blog Templates