2/01/11

cikgu rajin vs cikgu malas......

esok dah mula sekolah...nak cerita sikit perangai cikgu2 ni....
dengar je isu ni....mungkin ada yang melenting....rasa-rasanya dah ramai orang tahu..... isu ini bukanlah isu besar....tapi untuk nasihat bersama, isu ini aku timbulkan sebab mesti korang semua ada yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu yang rajin dan juga cikgu-cikgu yang malas....

Cikgu-cikgu yang rajin.

Semua kerja dia buat....apa yang gb suruh mesti buat....apa yang PPD suruh buat, dia juga buat..... semuanyalah...lengkap dan tanpa kesalahan dan silap hari bulan, apa yang cikgu ni buat memang purr..fect!!!!! kalaulah gb sesebuah sekolah tu dapat cikgu yang rajin macam ni, memang siap buat sujud syukur lagi....mungkin boleh buat kenduri kesyukuran kot....yelah, tak semua cikgu begitu rajin....macam nak buka sekolah besok rpt buat, kkt buat, huraian sukatan lengkap, silibus lengkap, mengajar pelajar pun bagus, pelajar pun suka kat cikgu rajin ni..fuhh....pendek kata, memang cikgu-cikgu rajin ni disukai ramai.. cuma mungkinlah ada orang akan kata cikgu ni skema sangat. wehh..cikgu memang kena skema kan? Takkan nak poyo-poyo pulak....dah nama pun cikgu, mestilah tunjuk contoh dan peribadi yang baik bukan? ya..itulah antara ciri-ciri cikgu yang rajin dan baik. Dan mungkin juga dihormati oleh semua orang....

“Cikgu ni skemalah!”
Tak apa. Biarlah orang nak kata apa...tapi cikgu-cikgu jangan terasa ye.. ini semua cobaaannn..memang benar2 berlaku...macam kat sekolah aku...

Cikgu-cikgu yang malas..

cikgu jenis macam ni bukannya tak rajin....Cikgu ni cuma ada sedikit pemalas sahaja....apa cikgu lain buat, dia tak buat....jika buat pun, marah-marah aje kerjanya...itulah inilah...ada sahaja alasan dan bebelnya bila hendak buat kerja... PPD suruh buat kerja, tak nak buat. gb suruh buat kerja...pun tak nak buat.... dah bagi amaran...mulalah mata tu nak menjeling-jeling manja....bila kawan dah nasihat, mulalah bukak hujah mempertahankan diri....hujung cerita, hati memberontak dan ada yang jadi mangsa meluahkan perasaan. Itulah hakikatnya....tapi ada juga cikgu yang malas ni dia malas part-part tertentu aje...tak semua bahagian...time sukan, memang cikgu ni malas nak pergi....bukan apa, cikgu ni gemok....berat dia lebih 90 kilogram....manalah nak larat kejar budak dan bersukan....kalau cikgu-cikgu tak bersukan, pelajar-pelajar perlu kita pula...

“Cikgu suruh kita bersukan. Buat itu ini. Berlari, berjogging. Tapi cikgu tak bersukan pun..”

Haa, kalau kena macam tu dengan pelajar-pelajar tu. Apa kesnya? tak ke malu jadinya.. Jadi, bawak-bawaklah berusaha untuk menguruskan diri. ...jangan jadi mangsa perli dengan pelajar kita tu....pelajar-pelajar sekarang ni, mulut memang jenis tak ada insuran...jadi, kita kena telanlah dengan terjahan laser dari mulut diorang....itu pasallah ramai Cikgu-cikgu yang dulunya rajin dah jadi cikgu malas. (Tak semua orang tau!)

Itu baru satu part....belum lagi part bab-bab buku rekod dan sebagainya....itu kita cerita lain kali yek....pokoknya, cikgu-cikgu rajin dan cikgu-cikgu malas ni kena bekerjasama dan sentiasa berdaya saing....ya, kita tahu yang semua orang ada pendapat dan hujah masing-masing...lagi-lagi bila kena hentam dan dikatakan sebagai cikgu yang tidak beretika, cikgu yang pemalas dan cikgu yang tidak bertanggungjawab....jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku, kita mesti buktikan yang kita memang bukan seorang cikgu yang malas. Boleh?

Ps: Ada sorang cikgu. Dia cukup malas. Tahu dia malas apa? Dia malas tidur dalam kelas. Hehe.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates