7/12/10

tour de veitnam

aku baru je balik dari rombongan dengan hubby pada 1-4 disember lepas.....asalnya tak plan pun nak g sana.....kebetulan kak sidah dari sktpsp telefon ajak dia g sana...tanya kat hubby kata ok.....seronoklah aku....ada rezeki sikit....so kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku selama 4 hari 3 malam di sana.....

Hari 1(1/12/2010)
Kak sidah beritahu kena berkumpul di LCCT jam 7.00pg sebelum berlepas ke Ho Chi Mih pada pukul 9.10 pagi. ....setibanya di airpot kami disambut oleh wakil travel dan dibawa melawat Notre Dome Cathedral, centre post office, city hall dan china town....makan tengahari di satay house....kemudian kami check in di hotel lan lan 2....selepas berehat dan solat jamak zohor dan asar kami di bawa membeli belah di honh anh collection.....pada sebelah malamnya kami dibawa makan malam di restoren samsudin....selesai kami dibawa balik ke hotel....selepas berehat kami bebas keluar ke pasar malam ben thanh....


kapal terbang air asia ak880 yang membawa kami
ke veitnam

menuruni tangga airpot ho chi minh untuk ke bagasi

di depan satay house
 
sekitar bandar ho chi minh
 
seorang pelayan di satay house yang cun
Hari 2(2/12/2010)
selepas sarapan pagi, kami dibawa melawat cu chi tunnels(kubu penting semasa perang amerika yg dibina oleh orang veitkong dengan menggali tanah liat dan batu tanpa menggunakan simen sepanjang 200 km....kami makan tengahari di satay hause restoren......selepas itu kami dibawa melawat war remmants museum, presintial palace dan solat di masjid ar rahim yang dibina pada tahun 1935 oleh orang indians muslim.....kami makan malam di bombay halal food saigon.....kemuian kami dibawa balik ke hotel.....sebelah malam acara bebas untuk kami( membeli belah di pasar malam ben thanh....

chu chi tunnel

cuba masuk ke dalam salah satu "enter"
yang sempit....aku je yg berani masuk...
yang lain semua tak berani (gemuk2) 


salah satu kereta kebal di chu ci tunnel

tidak melepaskan peluang menembak
menggunakan M1....ok gak la...

di war remnant museum - melihat kesan
ejen oren

kereta kebal di remnant museum

kapal terbang perang milik U.S Air Force

Hari 3(3/12/2010)
selepas sarapan pagi, kami bertolak ke my tho(delta mekong)mealui kawasan sawah padi ....setibanya di sana kami menaiki feri untuk ke thoi san island  dan juga kebun buah-buahan....selesai lawatan di delta mekong kami pulang semula ke jeti dan pulang ke bandar ho chi minh dan makan tengahari di 4 season....makan malam di restoren samsudin....pulang ke hotel untuk berehat sebentar....selepas itu sesi membeli belah di pasar malam....









Hari 4(4/12/2010)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas sekitar pasar siang ben than dan check out dari hotel.....bertolak ke lapangan terbang ho chi minh untuk penerbangan pulang ke kuala lumpur (lcct)....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Template by:

Free Blog Templates