~ about all aspects of life as a believer, a mother, a wife and a woman. It's a place of personal reflection ~
tak taula aku....
orang len cuti pegi melancong....
aku kena g sekolah.....
pepagi lagi boss dah tepon....
orang TM nak datang....
saya yang menurut perintah....
pergilah aku....
sampai kat sekolah aku kena panggil....
huh...biaselah...menjawablah aku...
nape dier tak datang....
dah nasib aku....
nak cakap macam mana lagi....
kekadang aku nak elak dari berjumpa boss....
penat aku nak jawab....
nak buat camne...
aku cuma boleh berdoa berlaku keajaiban....
Entri kali ni aku nak cerita tentang perasaan...
Perasaan kita boleh berubah-ubah.....
Kekadang kita mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa....
Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah....
Kita perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan....
Kenapa seseorang memendamkan perasaan....
~Malu
~Takut menjadi bebanan kepada orang lain
~Terlalu peribadi untuk dibincang
~Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
~Bimbang akan reaksi orang lain
~Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
~Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
~Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
Bagaimana mengendalikan perasaan kita
~Ketahui perasaan kita
~Luahkan perasaan kita
~Dengar pendapat orang lain tentang perasaan kita
~Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain
Kebaikan yang Diperolehi Apabila Kita Berkongsi Perasaan
~Merasa lega
~Mengurangkan tekanan
~Cari penyelesaian kepada permasalahan kita
~Kita akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
~Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri kita
ha....sekarang ni musim pengisian lhdn.....samada secara manual(isi borang) atau secara online(e-filling).....
setiap pembayar cukai yang boleh dikenakan cukai atau tidak dikehendaki melaporkan pendapatan kepada lhdn adalah pembayar cukai yang bertanggungjawab.....
aku dah wat pengiraan......
aku lebih suka buat secara e-filling sebab xyah nak pegi ke lhdn(buang masa, duit dan tenaga)
lagipun masa mengisi tu sekejap je tapi kena pastikan dokumen yang diperlukan ada dan mencukupi.....
alhamdulilah....aku dah selesai declare pendapatan aku dan aku masih lagi tak kena.....
so, sape2 yang belum membuat pengiraan sama secara manual atau secara online janganlah berlengah-lengah......
jangan tunggu saat2 akhir baru nak buat....
macam orang yang nak bayar saman trafik....
untuk mengurus kewangan setiap bulan.. kene urus by harian dan mingguan dulu..
bagaimana aku mengurus...
1st- kalau makan kat luar pesan minum air suam shj....biasanya kalu celebrate ari jadi atau anak2 kumpul kat umh barulah kitarang makan kat luar....
2nd- seboleh2nya makan kat umah....
3rd- kalau nak pegi mana lebihkan berjalan bila ada kemudahan masa....
4th- saya amik kira hanya 2 bende yg kita belanja tak rugi iaitu rumah dan emas.. now ada masuk yg ketiga iaitu sedekah pada orang yang memerlukan....
5th- basuh kereta sendiri.... kalau dah berbulan dan berkerak2 kereta tu baru la hanto kedai.....
KENAPA kita sukar menyimpan?
Bagaimanakah caranya untuk menyimpan ???
1) pertama sekali, langsaikan segala bil2 dan hutang piutang (elak tunggakan)
2) simpan 10% drp gaji untuk simpanan tetap
3) buat potongan gaji siap2 dalam Tabung Haji & ASB (jgn sesekali guna duit ni kecuali BENAR2 terdesak)
4) ketepikan duit setiap bulan untuk keluarga (untuk menambah keberkatan wang)
5) membeli-belah barang keperluan dan bukannya kehendak
6) membuat senarai barang yang hendak dibeli sebelum keluar membeli
7) jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah
8) elakkan pembaziran, membazir tu kan amalan syaitan...
9) berbelanja mengikut kemampuan gaji masing2 dan bukannya meniru gaya hidup orang lain
10) SAY NO to CREDIT CARD! (kalu ade guna masa terdesak je)....
dua hari cuti ni macam 2 jam aje...
semalam pagi sampai ke tengahari aku mula wat kelas tambahan untuk budak2 tahun 6.....
petangnya pulak kena hantar anak aku wat photoshoot untuk final pojek dier....
malamnya pulak aku dan suami pergi kenduri kahwin anak cikgu sk sg rwg....
balik dari kenduri aku terpaksa menyiapkan kertas ujian sains tahun 3 sebab hari selasa ni dah mula untuk ub1....
pepagi tadi menguruskan hal ehwal rumahtangga.....
pastu kul 1.ootgh menghantarkan anak dara aku ke seremban tuk balik ke pasir gudang......
sampai kat umh aku terpaksa pulak menyiapkan kertas ujian sains t4....
rasa macam nak pecah....
sepatutnya soalan ujian dah siap minggu lepas lagi tp sibuk dengan skpm2010.....
nanti sebelum tido aku nak cek aku punya bahan pendaftaran upsr yang nak kena antar sok pagi....
belum lagi nak menghadp gb nak wat perakuan skpm tuh.....
inilah aku yang sentiasa sibuk dengan tugas2 harian, tugas segera dan tugas2 yang menanti....
cam mane pun aku bersyukur kerana sentiasa diberi kesihatan dan dapat melakukan tugas2 yang diamanahkan kepada aku....amin
Sebab apa seorang wanita disukai oleh lekaki?
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.....
Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.....
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.....
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing....
1. Keanak-anakkan
Mungkin sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki...
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.....
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.....
Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki....
Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah....
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya....
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya....
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya....
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki....
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.....
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik....
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.....
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya....
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya....
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.....
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual....
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya....
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik......
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik....
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.....
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki.....
Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda....
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.....
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.....
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.....
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.....
Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.....
Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.....
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu....
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.....
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...
aku rase semua orang pernah mengalaminya....
aku dulu pun pernah juga ditinggalkan kekasih aku...
punyala aku setia...
rupanya dia tipu aku....
badan rasanya lunglai....
seperti juga hati yang hancur berkeping-keping....
sakitnya memang tak terkira....
sambil berusaha meyakinkan diri kita bahwa masih banyak "someone" else...
yang lebih baik di dunia ini....
kita merancang, tapi tuhan menentukan segala.....
ada hikmah disebalik yang berlaku.....
so, percepatla proses penyembuhan dengan tips2 ini...
a. menangislah.....
angkat penumbuk tinggi-tinggi dan sesali diri: "kenapa aku?".....
Jatuhkan diri ke lantai dan pukullah lantai dengan penuh perasaan......
"kenapa akhirnya jadi begini ?"
kalau perlu, jerit sekuat hati kita....
menangislah dengan cucuran air mata sambil menangisi kejamnya perbuatan umat manusia....
kalau tak boleh nangis....tengoklah cerita sedih biar air mata mengalir deras....
b. biarkan kesediahan melanda
berduka citalah......
Ini lebih baik daripada memendam perasaan.....
jangan tunjuk sedih di hadapannya.....
berlagak sedih tidak ada pengaruhnya bagi orang lain....
c. ceritakan kesedihan....
pada teman dekat atau keluarga.....
semua orang pernah mengalami trauma putus cinta....
jadi kita semua mengerti dan ingin melupakannya.....
tapi jangan muntahkan perasaan kta pada semua orang yang kamu temui....
ada juga orang yang tidak peduli dengan perasaan orang lain.....
d.jauhkan diri darinya....
kalau itu membuat kita merasa lega......
e. mulailah membaca buku atau majalah....
membaca buku sebelum tidur, ternyata merupakan cara lebih berkesan.....
f. ganti pewangi....
tak perlu lagi bau-bauan yang biasanya mengingatkan kembali pada hari-hari yang indah bersamanya....
g. habiskan masa bersama teman-teman....
nikmatilah bergaul dengan teman2....
belief it, kita akan rasa lebih tenang setelah mendengat cerita sedih yang juga dialami teman-teman....
h. berfikirlah secara matang....
yakinkan diri kamu kalau kejadian itu memang harus terjadi.....
percaya pada kemampuan diri sendiri, itulah cara untuk menyembuhkan perasaan....
percintaan tidak harus selalu berakhir dengan perkahwinan.....
putus cinta memang menyakitkan, tetapi tidak separah perceraian....
i. catatkan 2 perkara yang berbeza....
buat 2 catatan....
catatan 1 - apa yang buat kita tidak bahagia dalam hubungan kta....
catatan 2 - tuliskan apa yang kamu harapkan dari sebuah hubungan.....
pakailah kedua2 catatan itu untuk membantu menghilangkan pikirian negatif (adanya perasaan di tolak oleh si dia)
j. dengarkan....
jika teman-teman baik menceritakan tentang kekurangan mantan kekasih....
pandang dia lebih realistik....
tetapi jangan teruskan pembicaraan yang bersifat ‘penuh kebencian’....
j. gantilah....
gantilahbarang-barang yang mengingatkan kita padanya....
singkirkan foto-fotonya.....
berhenti mendengarkan lagu-lagu yang pernah kita senangi.....
ciptakan suasana baru dengan membeli CD baru yang tidak ada hubungannya dengan kenangan masa lalu....
k. gunakan semua kekuatan...
untuk mempertahankan keputusan kita.....
hati yang hancur lebur....
tapi akhirnya apa yang nampak seperti kekuatan dari luar akan menjadi jalan keluar untuk penyembuhan di dalam diri kita...
l. carilah bantuan..
messkipun kita sudah berusaha sekuat tenaga dan segala upaya untuk menyembuhkan diri and tetap gagal....
cubalah untuk berkonsultasi dengan ahlinya (Psikolog juga boleh!)....
seorang teman yang pendengar setia....
berbual dengan teman-teman dan memusatkan perhatian agar sembuh dari sakit hati @ kehilangan....
m. dirikan solat
mintalah padaNya....
supaya hati kita tenang....
Semoga berjaya!!!
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu.
2. Jangan dikeringkan, biarkan mennitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
3. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ''olahraga''. iaitu dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
4. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
5. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
6. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
7. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbirratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.. W. T..
Piramid makanan di Malaysia |