6/06/11

Kelebihan Bulan Rejab

Assalamalaikum semua,
Hari ini 4 Rejab 1432 Hijrah, bermakna sudah 4 hari berlalu dan apabila kita bertanyakan anak-anak muda di luar sana, bulan Islam apa sekarang ni??Berapa haribulan Islam hari ini? Mungkin ramai yang tidak dapat menjawabnya dengan tepat dan betul kerana anak-anak muda pada masa ini lebih menjurus kepada keseronokan nikmat dunia tambahan pula banyaknya rancangan realiti berbentuk hiburan di stesyen televisyen. Ini pastinya membuatkan anak-anak muda kita lupa akan bulan Islam ini. Justeru, marilah kita merebut kelebihan di bulan Rejab ini dan disampaikan kepada yang lain.

Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:

1.Malam awal Rejab mustajab doanya
2.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
3.Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
4.Puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
5.Puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
6.Puasa 5 hari aman dari azab kubur
7.Puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
8.Puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
9.Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
10.Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
11.Puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Wasallam.

p/s :“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates