21/01/10

TIPS RUMAHTANGGA

Jadi sahabat suami

Elakkan menjadi seorang isteri yang pemarah dan sensitif. Jalinkan persahabatan dengan suami sehingga dia berasa selesa untuk berkongsi masalah dengan anda. Hubungan yang baik dan harmonis akan membuatkan suami anda selalu ingin pulang cepat dan berbual dengan anda. Selain itu jadilah pendengar yang setia dan baik terhadap semua cerita dan masalah suami. Perhatian isteri terhadap suami akan memberikan impak ang mendalam pada diri suami. Amin.....

Saling percaya mempercayai pasangan

Sebagai suami isteri kita hendaklah saling mempercayai dan bersikap terbuka antara satu sama lain. Ini mengelakkan perasaan curiga terhadap pasangan. Dengan ini perkahwinan akan berdiri teguh walau apapun yang berlaku. Sekiranya tiada sikap terbuka dan mempercayai antara satu sama lain, wujudlah pertengkaran dan pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada kehancuran rumahtangga.

Bersolek untuk suami
Sebagai isteri kita hendaklah sentiasa cantik pada pandangan mata suami. Isteri seringkali terlupa menjaga penampilan diri atau bersolek untuk suami yang tercinta. Ketika berada di rumah seharusnya isteri memakai pakaian yang kemas dan bersoleklah seperti biasa sewaktu hendak keluar rumah. Janganlah hanya memakai T-Shirt dan berkain batik dengan wajah yang pucat. Pakailah sesuatu yang seksi dan bersoleklah sedikit supaya apabila suami pulang ke rumah disambut oleh isteri yang cantik dan manis.

Waktu berdua-duaan
Walaupun sudah beranak pinak namun waktu berdua-duaan dengan pasangan perlu ada. Ajaklah pasangan anda keluar berdua-duaan seperti zaman mula-mula bercinta. Jika pasangan kita menolak untuk melakukan perkara katakan anda teringin untuk melakukan perkara yang dilakukan semasa berdating dulu. Pasti pasangan anda tidak sanggup menolak pelawaan anda. Selamat mencuba....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates