20/08/11

MALAM LAILATUL QADAR

““Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu dan pahala beribadat pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan iaitu sekitar 84 tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Setengah ulama mengatakan “Ruh” yang turun pada malam itu ialah Jibril berdasarkan ayat yang menyebut “RohulQudus” ialah malaikat Jibril.

Baqarah [87]….dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril).

Antara kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha turun ke bumi dengan izin Allah pada malam itu. Sidratul bererti pokok bidara manakala Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, malaikat Jibril hanya boleh menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat pokok bidara ini sahaja.

An-Najm [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”; [15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

Manakala setengah ulama lagi mengatakan ia adalah satu malaikat yang kakinya berada di bawah lapisan ke tujuh bumi dan kepalanya di Arasy, mempunyai 1,000 muka, dan setiap muka mempunyai 1,000 mulut, setiap mulut bertasbih (mengucapkan Subhanaalah) dalam bahasa yang berlainan. Apabila ia bertasbih, semua malaikat lain sujud kerana takutkan Allah. Dikatakan malaikat yang turun akan merayau-rayau seluruh dunia dan masuk ke rumah orang Islam serta memberi salam kecuali kepada 3 golongan:
•Orang Islam yang makan babi
•Orang Islam yang derhaka kepada ibubapa
•Orang Islam yang memutuskan silaturrahim

Pada malam itu malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat iaitu:
•Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
•Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
•Satu bendera diletakkan di Baitullah
•Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata :
Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,

“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Share this from :

19/08/11

SHOPPING BISKUT

Assalamualaikum semua,
Hari ni masuk hari ke 19 semua umat islam berpuasa, pasti ada di antara korang semua yang dah mula sibuk buat persiapan untuk hari raya kan. Ada yang dah mula beli sikit-sikit kelengkapan raya supaya tak kelam-kabut disaat hari raya nanti. Baguslah kalau macam tu tak la nanti ada yang tertinggal dan ada yang tak dibeli pulak. Setiap tahun hari raya pasti setiap rumah akan dijamu dengan pelbagai juadah serta tidak ketinggalan dengan pelbagai jenis kuih raya yang enak. Ada yang dibuat sendiri dan ada yang dibeli di kedai. Tapi tak semua kedai yang menitikberatkan kualiti rasanya dan hanya memberikan kuantiti yang banyak.

Tengah hari tadi  ini aku terpanggil untuk membeli kuih raya kat Lin Cookies dan Rose Cookies dengan beberapa rakan sekerja abis saja waktu persekolahan. Ianya hasil buatan tangan dan segar dihasilkan sendiri dirumah dengan harga yang berpatutan. Selain dari itu ianya sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk dikirimkan pada sahabat handai dan sanak saudara.

Macam-macam biskut ada antaranya biskut almond london, strawberi coklat, coklat cip, biskut makmur, biskut bahtera, biskut sarang semut dan lain-lain lagi. memang rambang matalah tengok pelbagai jenis biskut tu. Tunggu apa lagi jom lah kita beli sekarang sebelum terlambat.

biskut rose cokelat

Biskut almond london

Biskut bahtera

Blueberi tart

Biskut strawberi

15/08/11

Ustaz Kazim Mercun dan Bas exspress


Ustaz Kazim Berbuka puasa &khusyuk


14/08/11

ASAL USUL SOLAT 5 WAKTU

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

kalau ada silap atas info diatas harap tolong perbetulkan...
sy just copy and paste ..sekadar berkongsi..

10/08/11

7 SUNNAH PENTING

Assalam buat semua...
Tazkirah untuk kita sama-sama beramal dibulan yang penuh berkat ini, Insya Allah


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Emel dari kak  mariam60ad@yahoo.com
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua ,

9/08/11

MIHUN SUP UC

Assalamualaikum pada pembaca blog yang tersinggah kat blog aku ni.
Entah kenapa aku jadi rajin nak update blog aku dengan resepi masakan yang aku masak bulan puasa ni. Ermm....tak kisahlah, tengah ada mood ni. So, hari ni aku nak masak sejenis masakan yang simpel tapi mengandungi diet yang seimbang. Pikir punya pikir, ha...hari ni aku nak masak mihun sup uc...Mihun sup ni kalau nak makan mesti kena ada sambal kicap baru sedap....So, kat bawah ni ade resepi macam mana nak masak benda alah tu...


Mihun yang dah siap untuk dimakan.....


Bahan-bahan.
Bihun untuk
ayam dipotong kecil-kecil
1 pokok sawi
Segenggam taugeh
Daun bawang dipotong halus
Daun sup dipotong halus
Segenggam bawang goreng
bawang merah
bawang putih
Seinci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
lada putih
Garam
serbuk cukup rasa
6 biji cili padi
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Air

Cara-cara
1.Rendam bihun dalam bekas berisi air kemudian celur dalam air panas.
2.Tumbuk lada putih, bawang merah, bawang putih & halia
3.Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang
4.Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
5.Setelah itu, masukkan air secukupnya
6.Setelah air menggelegak, masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
7.Masukkan garam & serbuk cuku rasa secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh.
8.Setelah ayam dalam sup masak elok, masukkan sawi. & bihun
9.Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
10.Hidang dengan sambal kicap
 
Bahan untuk sambal kicap.
Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis




7/08/11

KARI KELING IKAN DURI (BAGUK)

Sekarang ini memang aku suka masak masakan yang 3 in 1 sebab menjimatkan masa. Walau pun begitu di dalamnya mengandungi pelbagai zat makanan. Sebelum ini ikan duri memang tak masuk dalam senarai ikan yang selalu aku masak sebabnya aku memang tak pernah makan ikan duri semenjak kecil lagi . Bila dah hidup sendiri dan berkahwin baru la aku pandai ke pasar dan masak macam-macam jenis ikan.

Ikan duri ni rupanya macam ikan baung cuma bentuk badannya lain sikit . Ada kawan aku cakap ikan duri ni sedap dimasak asam pedas . Sekarang aku memang suka masak kari ikan ini sebab dagingnya yang lembut dan kat bahagian kepala yang best tu...

Sebab lain kenapa aku suka masak ikan ini sebab harga dia lebih murah berbanding ikan-ikan besar yang lain. Harganya lebih kurang RM12.00 sekilo. Cara nak masak kari ni masih macam kari biasa bawang merah + bawang putih , halba campur , daun kari , serbuk kari Babas tanpa santan serta boleh juga diletak kacang bendi dan terung hmmmm sedapnya.....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan duri ( anggaran berat 1 kilo )
10 biji kacang bendi / terong pun boleh
Garam dan asam jawa secukup rasa
sedikit perasa

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :
4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari
halba
biji sawi
serai
halia
kulit kayu manis
tomato

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar .

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

2. Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari ini masak .

3. Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan garam dan sedikit perasa kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan duri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

4. Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .

6/08/11

KOKTAIL UC

Assalamualaikum,
Dah lama aku tak buah air ni. Dari semalam,anak bongsuku sibuk minta aku buatkan air ni buat bukak pose. Malas nk buat air lain buat jela air ni. lagipun orang kata 5 dlm 1, air pun ye,buah pun ye. Kitorang 1 famili memang suka buat air koktel ni. Dahla mudah,senang pulak tu. Ala-ala air koktel kat hotel gitu,tapi ni my style.. Meh tengok!!



Bahan-bahan:

1 tin buah-buahan campuran
Sagu merah
Nata de Coco - apa2 perasa
Susu cair
Gula
1 tin laici
buah tembikai susu
buah mangga (optional)

Cara-cara:
Blender buah tembikai susu dicampur dengan gula
Campurkan sume sekali dlm mangkuk.
Masukkan ais secukupnya

5/08/11

SAJAK RAMADAN

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

Kiriman Baitie_Nur



Template by:

Free Blog Templates