23/05/10

+++ Mei bulan istimewa +++

Orang kata bulan Mei bulan istimewa kerana pada bulan ini banyak peristiwa penting berlaku dalam kalender seperti 1 Mei (Hari Pekerja), 3 Mei (Hari Kebebasan Media), 9 Mei (Hari Ibu), 11 Mei (Hari UMNO), 12 Mei (Hari Jururawat), 15 Mei (Hari Belia), 16 Mei (Hari Guru), 18 Mei (Hari Muzium), 28 Mei (Hari Wesak) dan banyak lagi.

Tetapi biar terbalik dunia ini, 13 Mei tidak boleh dipadam daripada sejarah hitam negara dan tidak mungkin 13 Mei digugurkan daripada kalendar kerana pada hari inilah satu tragedi hitam telah berlaku dalam sejarah negara kita....

** hARII cIKgU-cIKGu _ gEMbIRA dAN dUKA **

Tarikh : 21Mei 2010

Pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk ke sekolah kerana di sekolah ada sambutan hari guru peringkat sekolah. Aku rasa bersemangat kerana pada hari ni aku dan teman-temanku akan diraikan. Dengan perasaan gembira aku keluar dari rumah dengan membawa hadiah dan pakaian sukan untuk acara sukan.

Aku mengharapkan bujang aku datang hari ini kerana dier mempunyai tugasan untuk merakamkan gambar-gambar sepanjang program berlangsung. Tunggu punya tunggu, anak bujangku tak sampai...aku cuba menelefon tapi hampa...langsung tak berjawab.

Aku mengharapkan dier datang...sebab taklah aku susah nanti untuk mengambil gambar dan terlibat dengan acara sambutan. Aku cuba menelefon berkali2 tapi hampa...mulalah aku rasa geram...buat hal lagilah ni....Aku cuba kawal perasaan aku...akhirnya aku bertanya pada Zam kenape agaknya dier tak sampai lagi, sedangkan ari 2 dier kata ok. Zam ade bagitau mungkin dier tak datang sebab keretanya rosak, terpakselah zam tolong tolak. Petang aku ada sms dier tak balas...kenape tak bagitau....

Sambutan hari guru pada hari 2 berjalan jugak tetapi terpaksalah aku buat kerja macam lipas kudung. Mana nak duduk kat pentas, mana nak ambil gambar (sepatutnya tugasan dier), mana nak bersukan lagi....aku terpaksa berkejar ke sana ke mari...sambil aku menelepon anak bujang aku 2 lah....tapi hampa, tak dijawabnya langsung. Bertambahlah geram aku....Aku cuba kawal perasaan marahku....sampai hati dier buat macam ni....

Akhirnya tamatlah acara sambutan hari guru pada hari 2. Walaupun aku dah lama tinggalkan permainan bola baling tapi aku rupanya masih boleh bermain. Aku dapat jaringkan satu gol....dan wahab dapat jaringkan 2 gol...akhirnya pasukan aku menang.....

Dengan bantuan anak muridku, si arsyad dapatlah juga dirakamkan semasa aku bermain.....Tapi aku masih teringatkan kenapa dier tak nak angkat telepon....

Petang aku telepon lagi...tak dijawab jugak...aduh bertambah geram aku...So aku hantar sms kat dier kerana sape tak geram kalau berkali2 ditelepon tak diangkat....sape2 pn akan marah dan jadi emosional kalau diperlakukan begitu...kalau dier angkat telepon 2 cakap ape2 pun tak kesah...

Sebenarnya masa aku hantar sms 2 aku terlampau geram....aku tiada niat nak melukakan hatinya...aku nak tau kenape dier tak datang.....Setelah sms 2 aku hantar tiba2 saje air mataku mengalir tanpa aku sedari....zalimnya aku kerana menuliskan sms yang macam 2.....tapi semuanya dah terlambat, mungkin hatinya marah......

Walau apa pun yang terjadi aku tetap anggap dan sayangkan dier macam anakku sendiri sampai bile2....walaupun mungkin satu hari nanti dier tidak lagi bekerja bersamaku....

17/05/10

16 Mei....

Hari ni aku berada di Shah Alam, di rumah kakak aku yang nombor 2...macam biasa anak2 semua suka pergi ke rumahnya walaupun rumahnya rumah flat. Anak-anak lebih selesa tinggal di sini sebab mereka boleh ngam dengan sepupu diorang.



Pagi2 lagi aku, suami, anak2 dan anak buah pergi ke Pasar tani di Stadium....cari barang kononnya...sesampainya di sana....biasalah apa yang sepatutnya tak dibeli akhirnya ku beli...
Habis membeli beberapa barangan kami balik ke rumah untuk makan tengah hari. Petangnya aku dan keluarga ke satu destinasi lagi....shopping lagi...mana? JAKEL kat seksyen 7 depan UiTM................

Akhirnya kami shopping sakan kat sini...aku membeli sepasang baju berwarna terkois untuk kupakai ke majlis Konvokesyen aku pada 20 Jun 2010 nanti........Suamiku pulak sibuk memilih baju linennya...nak pakai untuk dinner katanya....Dia memilih warna yang sedondon dengannya baju yang aku pilih......warna terkois jugak....

Beli ajelah.....tapi bayar sendiri....


3 dare pingitan

        ni si sauji ngan girl fren dier.....

nak beli ape ni? peningla kepala.......

Template by:

Free Blog Templates