19/04/11

lama tak menulis

lama sudah aku tak menulis kat blog ni kerana sibuk dengan tugasan harian aku.....
lagipun aku pun macam tak ada nafsu menulis....
mungkin sebab kesibukan aku....

6/04/11

Petua Awet Muda

Apa yang perlu adalah mengenali cara-cara penjagaan yang betul bagi memiliki wajah yang cantik dan awet muda. Berikut langkah-langkah yang perlu diberi perhatian.

a) Lindungi kulit daripada matahari
Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

b) Elak merokok
Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

c) Pencucian dalaman
Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

d) Pelembapan dua kali ganda
Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

e) Aktifkan peredaran darah
Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

f) Penggunaan bedak asas
Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

g) Kerap membelai wajah
Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

h) Pengendalian lembut
Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

i) Solekan yang sempurna
Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.

 

5/04/11

Nikon adds to digital SLR range with the D5100 - British Journal of Photography


ni dslr anak aku yang belajar graphic design kat polijb, pasir gudang....

3/04/11

Maksud "MasyaAllah"

Assalamualaikum .
Baru-baru ni aku ada terbaca dalam sebuah blog tentang maksud "MasyaAllah". Jadi di sini aku nak  berkongsi sesuatu kepada mereka yang belum tau . Kebanyakan antara kita di sering menggunakan perkataan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian . Biasanya kita akan melafaskan perkataan tersebut apabila melihat sesuatu yang buruk atau tidak enak dipandang . Seperti kita memarahi anak kita yang melakukan kenakalan , atau melihat kemalangan .

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Kita sepatutnya menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Kita juga sepatutnya melafaskan ucapan tersebut untuk menggambarkan anak yang cerdik , sebagai contoh , "Iffah is a good girl , Masya Allah . " Kalimah tersebut adalah untuk melahirkan rasa teruja atau gembira . Bukan untuk sesuatu yang tidak elok .

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

P/s~ Sama - samalah kita menegur kesilapan yang amat penting untuk kita semua tau dan perbaiki . Wallahualam .



Doa Yang Makbul

Doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah S.W.T. rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :

1. Ketika hendak solat
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi s.a.w
Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?
(HR Bukhari dan Muslim)

2. Waktu diantara azan dan iqamah.
Sabda Nabi s.a.w
Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah.
(HR Al-Tirmizi)

3. Ketika sujud dalam solat.
Sabda Nabi s.a.w
Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa. (HR Muslim)

4. Selesai solat fardu.
Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa:
Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu. (HR Al-Tirmizi)

5. Ketika berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w
Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir. (HR Al-Baihaqi)

4. Malam Lailatu Al-Qadar.
Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku." (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

5. Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

6. Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa .
Sabda Nabi s.a.w
Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya. (HR Bukhari & Muslim )

7. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
Sabda Nabi s.a.w
Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya. ( HR Abu Dawud)

8. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya. (HR Ibn Majah)

9. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah.
Sabda Nabi s.a.w.
…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi … HR al-Bukhari ).

Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah. (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya)

10. Waktu menerima ujian.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).

Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan. (Tafsir al-Qurtubi,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

11. Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh.
Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan. (HR Abu Dawud,hadis hasan )

12. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda
Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat. (HR al-Bukhari , Muslim )

13. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

14. Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

15. Doa Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
Doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah S.W.T. rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :

16. Ketika hendak solat
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi s.a.w
Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?

(HR Bukhari dan Muslim)

Antara golongan-golongan yang mustajab doa mereka:
1. Orang yang berada dalam kesusahan.
2. Anak soleh/ah yang taat pada ibubapa.
3. Doa ibubapa kepada anak-anak.
4. Orang yang bermusafir
5. Orang yang berpuasa sehingga berbuka.
6. Pemimpin yang adil.
7. Muslim/ah kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.
8. Orang yang dizalimi

p/s: jika mempunyai hajat:

1) Ambil wudhu'dengan sempurna.
2) Dirikan solat 2 raka'at.
3) mintalah apa-apa yang dihajati. Mudah-mudahan....

1/04/11

Motivasi Kerja – Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja

Untuk menjadi pekerja bermotivasi, Anda perlu lihat performance Anda.
Anda perlu tahu sejauh mana kualiti hasil kerja Anda supaya Anda boleh perbaiki mana yang kurang, tambah mana yang bagus. . Dari sinilah motivasi timbul.

Jika Anda bekerja dalam sebuah tempat kerja organisasi berjawatan, ada bos dan ada penyelia, cara terbaik untuk melihat performance Anda adalah dengan bertanya dengan ketua sama ada ketua pejabat, ketua unit atau ketua bahagian di mana Anda ditempatkan untuk bertugas.

Gunakan cara bertanya. Bertanya mengenai performance Anda atau mengenai produktiviti Anda bukannya untuk Anda tunjuk rajin pada bos tapi untuk Anda tahu sejauh mana hasil kualiti kerja Anda. Gunakan 4 soalan-soalan berikut sebagai ‘approach’ untuk Anda minta dinilai..

1. “Bos, minggu ni kerja saya cemana? OK tak dari yang minggu lepas?”.
2. “Saya minta bos tolong nilaikan kerja saya ni cemana, ada peningkatan atau tidak.”
3. “Minta tolong supaya bos nilai atau perhatikan kerja saya, tegur-tegurlah aspek mana saya perlu perbaiki”.
4. “Pada pandangan bos, kerja saya minggu ni ok tak? Kalau tak OK, mana yang perlu saya OK kan?”.

Sebaik-baik orang untuk Anda minta penilaian pada hasil kerja Anda adalah dengan ketua Anda. Anda boleh minta pandangan dari rakan sepejabat tapi biarlah dengan rakan yang Anda lihat dia tu berfikiran positif.

Minta pandangan pada orang yang mahu maju, kelak nanti Anda akan dapat respon positif. Kesilapan adalah cara terbaik untuk Anda perbaiki diri kerana pekerja yang tak pernah buat silap adalah pekerja yang langsung tak buat kerja.

Andai kata Anda minta pandangan pada rakan sekerja yang hanya tahu mengkondem bos, mengkondem ketua pejabat, kaki komplen dan kaki ngumpat, Anda pun akan di kondemnya sekali. Motivasi kerja Anda akan menurun. Apa yang mereka cakap akan diserap masuk oleh minda Anda, kesannya Anda akan ingati cakapan mereka sepanjang masa. Akibatnya, Anda hilang motivasi nak bekerja.



Template by:

Free Blog Templates