21/01/10

TIPS KECANTIKAN

Menegangkan muka

Bagi ibu-ibu macam saya, diharap petua ini dapat dijadikan amalan. Untuk menegangkan kulit muka kita boleh menggunakan beberapa biji manjakani dengan menjemurnya seharian pada cahaya matahari. Tumbuk sehingga halus kemudian bancuh dengan sedikit air suam. Sapukan pada permukaan muka seperti memakai masker. Amalkan selama dua minggu...InsyaAllah kulit muka anda akan kelihatan muda dan tegang.

Menghilangkan bau badan


Orang perempuan memang mempunyai bau badan yang kuat berbanding kaum lelaki. Orang akan menjauhi kita sekiranya ini terjadi. Saya ada petua untuk itu.
Ambil 4 biji buah limau nipis dan perahkan airnya. Air perahan tadi digosokkan ke seluruh badan terutamanya pada bahagian bawah lengan dengan menggunakan sehelai tuala kecil yang bersih. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu sebelum mandi. InsyaAllah badan anda tidak akan berbau lagi.

Menghilangkan kelemumur

Setiap orang inginkan rambut yang cantik yang bebas dari kelemumur. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang memakai tudung. Ini adalah petua yang saya rasa boleh diamalkan.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan kisar sehingga hancur. Kemudian sapukan pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut bahagian kepala selama 10 hingga 15 minit. Bilas seperti biasa sehingga bersih. Lakukan beberapa kali sehingga rambut bebas dari kelumumur.

Mengelakkan muka kelihatan sembab

Ini juga satu petua yang boleh diamalkan samada untuk lelaki mahupun wanita.
Ambil sebiji putih telor, sedikit minyak zaitun, bunga melur, sebiji limau nipis dan sedikit badam. Semua bahan tersebut dikisar, kemudian dipupurkan pada muka. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci muka sehingga bersih. Selamat mencuba.

Rambut cepat panjang
Sebelum tidur basahkan rambut. Biarkan rambut lembap sehingga pagi. Insya-Allah rambut anda akan cepat panjang jika diamalkannya setiap hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates