31/05/11

Rabu yang melucukan...huuuuuuu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tetiba teringat akan peristiwa hari Rabu yang lepas, dua hari sebelum cuti penggal persekolahan bermula.... seperti biasa,hidup tidak lengkap tanpa ada peristiwa yang melucukan dan menggelikan hati.. pernah anda lalui hari yang sangat melucukan anda? aku juga pernah lalui saat ini.. memang sungguh melucukan dan akan membuat orang yang mendengarkannya ketawa terbahak-bahak...... haha..

Ceritanya cam ni...pagi Rabu yang lepas tu macam biasa aku sampai ke sekolah terus naik ke pejabat untuk menulis kedatangan. Tak lama kemudian, si fateha bagitau aku emak si senah bekas jaga sekolah kitarang meninggal. so, aku pakat-pakat dengan fateha dan kak mila untuk pergi menziarah atau orang jawa kata "layat". Aku meminta izin pada gb untuk keluar menziarah jenazah mak si senah time free nanti.

Sementara aku mengambil kereta di garaj, kak mila dan fateha menunggu aku di pintu masuk pagar sekolah. Sampai saja di pintu pagar keluar pagar kak mila pun naik duduk di hadapan kereta manakala fateha hendak duduk di tempat duduk belakang di belakang aku. Aku melarang fateha duduk di situ kerana ada barang di situ dan meminta dia duduk di belakang kak mila. Fateha yang telah membuka pintu belakang menutup semula pintu tersebut. Pada masa itu aku ingatkan yang fateha duduk di belakang kak mila, lalu aku pun terus memandu kereta ke rumah emak si senah. Pada masa itu memang aku ingat yang fateha duduk di tempat duduk belakang.

Sampai dekat kawasan kubur barulah aku dan kak mila perasan yang fateha tidak ada dalam kereta tu. Punyalah aku ketawa terbahak-bahak memikirkan macam mana si fateha tu boleh tak ada dalam kereta aku. Sampai menangis aku dan kak mila ketawa. Itulah, aku pun heran jugak selalunya si fateha ni akan menyampuk perbualan aku dan kak mila kalu kita pergi bertiga dalam satu kereta yang aku pandu. Dalam ketawa yang tak terhenti-henti aku pun berpatah balik ke sekolah.

Hahahah....sampai saja aku kat pintu pagar sekolah jaga sekolah aku bagitau yang fateha telah aku tinggalkan tanpa aku sedari. Kesian fateha aku tengok dia sampai menangis....Ustazah yang ada kat situ pun aku tengok ketawa sampai menangis mengingatkan fateha yang aku tinggalkan tu..Sorila fateha, bukannya aku sengaja tinggalkan ko...mati-mati aku dan kak mila ingat ko dah masuk dalam kereta aku...

Dipendekkan cerita aku bertiga meziarah jenazah mak si senah akhirnya...Hampir 1 jam kami berada di sana aku balik semula ke sekolah. Di sekolah dah kecoh kisah fateha yang aku tidak sengaja aku tinggalkan. Mereka yang mendengarkan cerita tu akan ketawa terbahak-bahak....Peristiwa ini akan aku ingat sampai bila-bila....

30/05/11

Cuti sekolah tiba

Salam buat semua. cuti sekolah tiba lagi. Alhamdulillah hari ini aku berjaya menghabiskan tugasan di sekolah untuk mengadakan kelas tambahan dan mengisi sebahagian markah sap/hc. Bagi rakan-rakan SK Bangkong, jadualnya akan berlangsung sehingga Khamis minggu depan.

Hari ini dah start cuti sekolah, bestnya jadi budak-budak sekolah...ada cuti panjang...tapi selalunya time cuti sekolah ni, tak dapat nak bercuti sebab ada anak-anak buah aku duduk kat sini. Pulak tu anak buah aku yang belajar kat giat mara tak cuti...  Cadangnye nak bercuti  ke Langkawi...Nampaknya cuti kali ni aku dan anak-anak duduk rumah sajalah. Lagipun banyak orang buat kenduri kawin yang nak kena aku pergi. Banyak duit nak kena sedekah kat diorang.

So, diucapkan Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar sekolah dan cikgu-cikgu yang asyik countdown bila nak cuti...walaupun kena kursus tetap bercuti kan???jangan sedih-sedih aku pun tak cuti jugak sebab hari-hari kena pergi sekolah.

Selamat Pengantin Baru pada yang baru dan yang bakal melangsungkan perkahwinan..cuti-cuti sekolah ni faham-faham je la..dapur memang tak berasap..kenduri everyday..makan free je kejenye..Tak lupa juga pada yang belum bersunat...siap sedialah anda untuk disunatkan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

29/05/11

Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Mei 2011 di Dewan Terbuka dan padang sekolah. Tahun ini aku sebagai Pengerusi Badan Kebajikan diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan sambutan hari guru pada tahun ini. Pelbagai acara telah diadakan antaranya seperti masukkan bola hoki dalam gelung besi, bola baling dan acara cabutan bertuah.

Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi di dewan terbuka sekolah dengan uacapan dari ketua murid dan ucapan dari Guru besar seterusnya nyanyian Lagu Rasmi Hari Guru 2011 oleh guru-guru SK Bukit Bangkong, Persembahan dari murid-murid dan guru. Bacaan perutusan telah dilaksanakan pada 16 Mei 2011. Setelah itu acara bergambar beramai-ramai warga SK Bukit Bangkong diadakan di hadapan Dewan Terbuka sebagai tanda kenang-kenangan. Acara terakhir adalah pertukaran hadiah dan bersalaman bersama guru dan murid-murid SK Bukit Bangkong.

Oleh kerana ini pertama kali aku diberi tugas ini terdapat juga sedikit kecacatan dalam perjalanan program tersebut. Semuanya aktiviti berjalan dengan lancar kecuali dalam acara penyampaian kek harijadi. Semasa aku mengumumkan nama-nama guru dan kakitangan, kek yang hendak disampaikan kepada mereka tiada. Kek yang sepatutnya aku ambil dari kedai kek rupa-rupa aku terlupa ambil. Aku masih terbayang pada masa itu berlaku sedikit kekecohan kerana kek yang hendak disampaikan pada penerimanya tiada. Aku terpaksa meminta PAR aku ke kedai kek yang tidak jauh dari sekolah untuk mengambil kek tersebutt. Sementara menunggu ketibaan kek tersebut, aku meminta guru besar berlakon menyampaikan kek sumbangan dari seseorang kepada guru dan kakitangan.

Walaubagaimanapun akhirnya sambutan hari guru pada tahun ini selesai dengan aktiviti yang memang ditunggu-tunggu oleh semua orang....apa lagi melantakla...
Diharapkan semoga sekiranya aku masih diberi tanggungjawab ini, aku akan melaksanakan dengan lebih sukses lagi.....


bacaan doa semoga program berjalan dengan lancar..amin

aku duduk di barisan hadapan dengan para pentadbir....
aku kira orang kuat sekolah jugak la...hahahaha

gb membacakan ikrar guru bersama guru-guru lain....

ha...ni murid kelas aku...sedang mendeklamasikan sajak
guru oh guru

persembahan pantun oleh murid tahun 4....
aku mengajar sains tuk diorang....

gpk kk mendelamasikan pantun dengan penuh semangat....
macam orannya jugakla.... 'kus semangat'

acara bergambar warga sekolah....
sebelum ni tak ada acara ni....semua guru dan staf kecuali
kak mila yg pergi interview dg41...tak apa tahun depan kita
bergambar lagi...huuuuu

acara sukaneka....

ni permainan feveret kat sekolah aku....
naik semput jugakla...maklumla dah veteren....stamina tak cukup...

macam biasala....team aku mesti dapat johan
dalam permainan bola baling

nampak tu...besar hadiah aku....
terima kasih ina..

adui...kek tak de la....i'm sori sangat...

p/s : segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada saat aku nak mengumumkan nama-nama penerima kek harijadi ni....huuuuu, kantoi aku di sini....i'm sori

16/05/11

selamat hari guru

Hari ini, pagi-pagi lagi aku bangun dengan perasaan yang gembira. Maklumlah, hari ini kan hari guru. Seronok sangat apabila dari malam tadi mendapat sms dari kawan-kawan. Tapi aku tak dapat balas sms diorang kerana hp aku dah kena sekat. Walau bagaimana pun aku ucapkan terima kasih untuk sms tu.

Sampai di sekolah, dengan langkah yang penuh ceria, aku menaiki tangga ke pejabat.  Di sana dengan cerianya aku mengucapkan salam dan selamat hari guru kepada guru besar dan guru-guru yang ada di dalam pejabat. Guru Besar memaklumkan kepada aku ppd ada emel supaya sekolah mengadakan sambutan hari ini. aku memberitahu gb perhimpunan waktu perhimpunan hari ini baca perutusan sahaja.

Balik dari sekolah aku ke pekan untuk menyetelkan masalah tetefon aku yang kena blok tu. Barulah aku boleh membalas sms dari kawan-kawan yang mengucapkan hari guru kepada aku. Kepada kawan-kawan semua "SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU - GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

9/05/11

Sabar itu indah, tapi aku dah hilang sabar....

Hari ini..... sesuatu berlaku...
sesuatu yang sedih untuk aku kongsi kat sini....
Sebenarnya aku  taknak cerita sedih dah.. malas nak fikir, nanti ganggu privacy org lain, so biar la hati ni je yg tahu.. huhuhu....

Sabar itu indah... Kita mesti kuat melawan musuh SABAR iaitu:

1. TERGESA-GESA: Sekiranya apa je yg kita hajati tu lambat ditunaikan, maka lesaplah sifat sabar kita. Itu dah memang sifat semulajadi manusia.

2. PUTUS ASA : Kita jangan ada sifat putus asa. Gagal sekali bukannya kita gagal selamanya. Kita mesti bangkit dan usaha lebih lagi.

3. MARAH : Ini yang paling selalu kita hadapi, tak dinafikan aku pun susah nak tahan sabar bila dah marah. Tapi marah masih diperlukan saat tertentu.

Kalau kita dapat mengatasi marah kita, alangkah indahnya dunia.. huhu..

Jika ketiga-tiga musuh sabar ini masih ada dalam diri kita, maka mmg susahlah untuk kita memupuk sabar dalam diri... halau lah musuh-musuh ni jauh-jauh k..

Tapi aku hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan, aku bukanlah manusia yang 'perfect'.....sekarang ni hanya masa saja yang menentukan....kerana kesabaranku dah hilang....

4/05/11

family trip ke cameron highland

lama dah tak updated blog ni....
aku cuma nak kongsi dengan kawan-kawan trip aku ke cameron highland....Sebenarnya minggu lepas aku dah pergi ke Cameron Highland kerana berkursus SU Kurikulum di Rosa Passadina. Aku di sana selama 3 hari. Dua hari selepas balik berkursus aku naik lagi ke sana dengan famili aku dan famili adik-beradikku. Ini memang kitarang dah plan awal tahun. Walaupun aku baru je turun 2 hari aku terpaksa naik lagi untuk bercuti bersama famili dan famili adik-beradikku.

Bercuti lagi familiku kali ini, sudah lama aku teringin nak kesana. tetapi dengan kelapangan yang kurang ada untuk aku kesana, baru kali ini ada kesempatan berkunjung melawat ke Cameron Highland. Adik aku yang mengajar di bentong memberitahu aku ikut jalan raub jalan kurang bengkang-bengkok. Aku risaukan mak aku, takut nanti dia muntah kalu lalu ikut jalan tapah.

Perjalanan kesana amat mencabar sekali, terutamanya pada jalan yang bengkang bengkok membuatkan kepala yang sedia baik menjadi mabuk dan terasa bagai nak terkeluar isi2 perut yang diisi sebelum ini. Faham2 jer la dengan kereta yang agak perlahan pergerakannya. Apabila kereta sudah sampai ke tempat yang hendak dituju hilang lah segala pening2 tadi dan kini dihiasi dengan permandangan yang tak pernah digambarkan selama ini.

Suasana memang indah sekali, bagai yang digambarkan oleh orang ramai tentang keindahan disana.
Bagi yang pertama kali ke sana, rasanya akan teruja dengan tanaman2 yang berbagai jenis terutamanya ladang2 teh yang menghijau membuatkan sejuk mata memandang.

Selain dari teh, sayur2an yang pelbagai membuatkan hati teruja dengan kesegaran yang pastinya menjadi rambang mata untuk membelinya kerana amat murah sekali harganya dan amat segar2 serta dapat dipetik dari ladang.

Bagi ladang2 strawberry yang amat banyak disana memberi peluang kepada kita untuk memetik sendiri dengan harga yang agak berpatutan. Ianya memberi pengalaman yang tak akan dapat kita lupakan kerana tanaman ini hanya ada di tanam disana. Hiasilah hidup kita dengan pemandangan yang indah..

Di sini disertakan dengan gambar2 kenangan yang indah2 bagi dikongsikan bersama. Hayatilah keindahan kejadian yang diciptakan olehnya....








~ seronok sangat.....tahun depan ingat nak buat famili trip ke pulau pulak....ok tak?

Template by:

Free Blog Templates