7/08/11

KARI KELING IKAN DURI (BAGUK)

Sekarang ini memang aku suka masak masakan yang 3 in 1 sebab menjimatkan masa. Walau pun begitu di dalamnya mengandungi pelbagai zat makanan. Sebelum ini ikan duri memang tak masuk dalam senarai ikan yang selalu aku masak sebabnya aku memang tak pernah makan ikan duri semenjak kecil lagi . Bila dah hidup sendiri dan berkahwin baru la aku pandai ke pasar dan masak macam-macam jenis ikan.

Ikan duri ni rupanya macam ikan baung cuma bentuk badannya lain sikit . Ada kawan aku cakap ikan duri ni sedap dimasak asam pedas . Sekarang aku memang suka masak kari ikan ini sebab dagingnya yang lembut dan kat bahagian kepala yang best tu...

Sebab lain kenapa aku suka masak ikan ini sebab harga dia lebih murah berbanding ikan-ikan besar yang lain. Harganya lebih kurang RM12.00 sekilo. Cara nak masak kari ni masih macam kari biasa bawang merah + bawang putih , halba campur , daun kari , serbuk kari Babas tanpa santan serta boleh juga diletak kacang bendi dan terung hmmmm sedapnya.....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan duri ( anggaran berat 1 kilo )
10 biji kacang bendi / terong pun boleh
Garam dan asam jawa secukup rasa
sedikit perasa

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :
4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari
halba
biji sawi
serai
halia
kulit kayu manis
tomato

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar .

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

2. Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari ini masak .

3. Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan garam dan sedikit perasa kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan duri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

4. Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates