27/08/12

periksa tekanan darah

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...Seronok beraya kan? Seronok, seronok jugak kesihatan perlu dijaga....Hari ni, hubby aku beli gadget untuk periksa tekanan darah brand Omron Blood Pressure Monitor. So aku  nak suruh la hubby aku yang ala-ala doktor ni tolong tengokkan macam mana nak guna. Aku jenis orang yang darah gemuruh, konfemlah bp aku mesti tinggi. Memang betul....ni bacaan pertama aku...Kalau macam ni aku ni kena duduk hospital la jawabnya.


Sejam lepas tu aku periksa lagi...alhamdulilah ni bacaan bp aku...


Ok. Untuk Periksa Tekanan Darah Di Rumah, mestilah kena ada pesakit dan Blood Pressure Monitor.Kalo takder , silalah buat pemeriksaan tekanan darah korang di hospital berdekatan yer.

14/08/12

alhamdulilah, akhirnya....

Assalamualaikum semua...
Dah lama tak updated blog ni sebab sibuk sangat....
tapi harini aku curi masa untuk merakamkan kegembiraan aku dalam blog ini...
Alhamdulilah, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu menjelma jua hari ni..

Hari ini sebenarnya aku ditugaskan menjadi "masterchef" masak bubur lambuk.....
Tak pernah aku masak bubur lambuk untuk satu sekolah.....
Ni ustazah la yang letak nama aku....
walau bagaimanapun aku sahut cabaran ustazah tu....
Sedang aku dan rakan-rakan sibuk proses memasak, tetiba kawan si hasni menelefon bagitau yang dia dah dapat tahu tarikh lantikan ke dg41 tu....
aku pun tanpa buang masa pergi ke pusat akses untuk menge"check" nama aku.....
Alhamdulilah....akhirnya

1/06/12

cuti sekolah....aku cuti ke?

Selamat pagi semua....
Ramai orang kata jadi cikgu ni senang? Kerja separuh hari je. Kalau nak tahu senang ke susah jadilah cikgu. Aku dah masuk 23 tahun jadi cikgu ni. Kalau masa aku mula posting dulu memang kerja cikgu senang sangat. Masuk kerja pukul 7.30 pagi balik pukul 1.00tgh, petang dah boleh buat kerja lain.
Tapi sekarang.....macam-macam kerja nak kena buat...
bukan mengajar je...
Banyak kerja lain nak kena buat......
kerja-kerja online yang tak pernah habis...e itulah, e inilah.....
macam e nak kena urus......
kekadang aku rasa eeeeeeeeeeeeeeee....peningnyaaa
Ha....cuti sekolah pun tak cuti...kena datang sekolah
buat kelas tambahan dan bertugas....
Itulah hakikat sebenarnya menjadi cikgu ni...
Hanya cikgu je yang tau tugas cikgu tu macam mana...
Apa-apapun niat kita jadi cikgu ni kena ikhlas....
kerja kerana Allah taala...
Semoga aku akan jadi cikgu yang terbaik
hingga ke akhir perkhidmatan aku...
Amin ya rabbal alamin.....

24/05/12

Kelebihan SURAH AL-INSYIRAH

"Dengan Nama ALLAH,Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang"
Malam tadi aku menghantar suami ke klinik Ashfa sebab tangan dia bengkak. Sampai di klinik aku berjumpa dengan seorang teman lama. Cerita punya cerita, kawan aku memberi maklumat tentang surah Al-Insyirah ni apabila aku memberitahu yang aku ada masalah "DARAH GEMURUH". Dia dapat maklumat ini dari Ustaz Aziz(ustaz beredar) yang mengajar agama di sekolah aku. Oleh itu aku nak kongsikan kelebihan membaca surah Al-Insyirah ni kepada kawan-kawan yang lain.  :)

Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah “Al-lnsyiraah (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾ الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾ فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾ فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿٨﴾



Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.Siapa-
siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca kerana jadi ubat demam dengan kifayat:

1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah.

2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul.

Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.

Siapa-siapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.
Surah Al-Insyiraah:

Ertinya:

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

23/05/12

sambutan hari guru peringkat daerah sepang

Salam semuanya....
Semalam, 22 Mei 2012 sambutan hari guru peringkat daerah
Tempatnya di INSPEN, Putrajaya
Tempatnya memang best, tapi makannya kurang best dengan bekas dan cara menghidang....
Kalau aku suruh bagi markah aku rasa boleh fail katering tu....
Dan yang paling xbest pakaian pelayan-pelayannya.....
Adoiii...macam mana ppd boleh ambik katering tu....
Dahlah kena bayar....cam tak berbaloi
Haaa.....cuba tengok gambar kat bawah ni....berapa nak bagi markah??????

 
sate dah sejuk, macam baru keluar dari freezer

ni nak kata soto, xde la pulak suhunnya

sedap lagi popia berlada kat kantin...yg ni cam dah lemau je

jag plastik ni....adoiiii meleleh-leleh sirap tu

bekas kuah kacang besar sangat dengan kuantiti kuah tu....
pulak dengan kuah yang meleleh..eeeee

sedap lagi mihun kat kantin skolah

21/05/12

Selamat Datang Bulan Rejab

Salam Sejahtera,

Allah Subhanallah Wa Ta’ala telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan bulan Zulhijjah.
.
Rasulullah SAW juga bersabda:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
.
Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.

.
Nota: Sesiapa yang belum qadha puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

sumber : http://halimislam.multiply.com/reviews/item/6
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

19/05/12

katak tu kodok kintel

Salam semuanya,
Hari ni aku nak kongsi cerita dengan kawan-kawan yang singgah kat blog aku ni...Tajuknya macam kat atas tu lah.....Cerita ni aku dapat dari budak-budak kat 'Terapi Ajaib".

Raja katak yang sudah uzur dan tua
katak pekak yang akhirnya jadi raja katak menggantikan
raja katak yang sudah tua
Pada suatu hari, kerajaan katak ingin mengadakan pertandingan untuk mencari seorang pengganti raja katak yang sekarang usianya sudah sangat tua dan sakit-sakit. Raja katak tidak ingin mengangkat satupun dari putranya sebagai penggatinya, karena tidak ada puteranya yang layak untuk menggantikan baginda.

Ratusan katak hadir untuk mengikuti pertandingan itu. Lalu sang raja menunjukkan sebuah gunung dan bertitah, siapa saja yang berhasil memanjat gunung itu sampai kepuncaknya, maka dialah yang akan menjadi raja.

Ketika hari pertandingan, rakyat katak berbondong-bondong menghadiri acara itu. Sang Raja bertitah” dengarlah wahai rakyat ku…, hari ini aku akan diadakan pertandingan untuk memilih pengganti beta. Beta berharap putra terbaik bangsa katak lah yang nantinya akan menjadi pemenang dan menjadi pemimpin bangsa ini untuk mencapai kemajuan. Pada ketika itu, rakyat katak diam membisu.

Pertandingan ini pada mulanya disertai oleh 100 pemuda katak, akhirnya hanya tinggal 10 pemuda katak, kerana yang 90 sudah berundur kerana takut mati apabila memanjat gunung yang tinggi itu. 10 pemuda katak, mulai berusaha memanjat gunung, terdengar suara; “ Oh ..lihat gunung  itu licin sekali, mustahil mereka akan sampai kepuncaknya, pasti mereka akan tergelincir dan mati.” Terdengar lagi suara lain;” mustahil akan ada pemenangnya, karena puncaknya terlalu tinggi, diluar dari kesanggupan katak untuk mencoba”. Katak-katak yang ikut dalam pertandingan mendengarkan kata-kata dari para penonton, menjadi takut dan semangatnya menjadi lemah dan tubuhnya menjadi lemas.

Kini hanya tinggal 3 ekor katak yang masih bertahan, terdengar lagi suara; ‘kalau aku lebih baik tidak jadi raja, biarlah tetap jadi rakyat biasa, dari pada kakiku patah dan tulangku hancur bila aku terjatuh dari gunung itu. Mendengar suara itu dua ekor katak membatalkan niat mereka dan turun meskipun mereka sudah memanjat lebih dari setengah.

Tinggal seekor katak terus saja memanjat meskipun para penonton menyatakan bahwa usaha itu tak akan berhasil atau ia akan mati karena terjatuh dari gunung yang tinggi. Ia percaya bahwa ia perlu berusaha, mencapai puncak gunung. Setapak demi setapak ia bertambah tinggi, pada aktu tengahari sampailah ia di puncak gunung dan ia berdiri di atas puncak gunung dan melihat ke bawah, melihat  rakyat katak yang ternganga menyaksikan ia boleh sampai dipuncak gunung. Akhirnya, katak itu turun ke bawah untuk berjumpa dengan raja katak.

Sampai dibawah, peserta lain dan waga katak menyerbu katak yang menang dan ingin tahu kenapa katak ia tetap bersemangat tanpa menghiraukan kata-kata katak lain. Ternyata; KATAK YANG MENANG ITU PEKAK.

Moral dari cerita........
Jangan pernah mendengar orang lain yang punya kecenderungan negatif  akan merebut harapan kita dan menjauhkan kejayaan dari kehidupan kita.

18/05/12

Hari Guru Dah Selesai.....

Salam sejahtera,
Alhamdulilah, sambutan hari guru telah selamat diadakan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Masuk tahun kedua aku ditugaskan sebagai penyelaras sambutan hari guru ni. Pada mulanya sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada 18 Mei 2012, iaitu hari ini tetapi oleh kerana terdapat surat pekeliling dari kementerian mengarahkan sekolah supaya mengadakan sambutan hari guru serentak pada 16 Mei terpaksalah kami adakan pada hari tersebut dan menonton siaran langsung di TV1 sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Maka aku terpaksa mengubahsuai aturcara sambutan untuk disesuaikan dengan surat pekeliling dari kementerian.

Setiap tahun aku ni di antara guru yang tak bertuah kerana kurang mendapat hadiah. Almaklumlah aku mengajar kelas tahun 6, yang mana ramai murid lelaki tak berapa suka nak beri hadiah pada cikgu mereka.Dulu masa aku mengajar kelas rendah memang aku dapat banyak hadiah. Sehari sebelum hari guru aku dah dapat hadiah sebenarnya dari seorang murid aku yang memang terkenal banyak mulut. Dia beri aku 4 ekor ikan puyu. Orang kata kalau kita bela ikan puyu ni panjang umur dan murah rezeki...amin.

Tapi aku rasa seronok sangat sebab murid-murid yang beri hadiah kat aku sangat cantik dan comel. Ada yang beri aku lampu tidur kucing yang comel, ada yang beri minyak wangi, ada yang beri bekas pen, frame gambar dan yang paling banyak aku terima ialah jam. Ada jam loceng, jam dinding. Apa pun bukan hadiah yang aku harapkan. Aku nak mereka semua menjadi murid yang berjaya dalam pelajaran. Aku nak mereka berjaya dalam UPSR. Itu aku rasa hadiah yang paling bermakna pada aku seorang guru.

Sebahagian hadiah yang aku terima masa hari guru......cantik kan?





Terima kasih kepada murid-murid, kawan-kawan, adik-beradik yang mengucapkan selamat hari guru melalui sms dan facebook.

13/05/12

Tiap-tiap hari, HARI IBU

Assalamulaikum wbh Seperti yang sedia maklum hari ini diisytiharkan Hari Ibu namun setelah mendengar ceramah Ustaz Idrus bahawa umat Islam tidak digalakkan menyambutnya jadi saya tak membuat sambutan yang berlebihan untuk ibu aku, sekadar membelikan kek dan beri dia hadiah sahaja.

Sebenarnya, hari ibu adalah setiap hari. Jadi tidak perlulah pada hari ini sahaja untuk diucapkan pada ibu tersayang, ucapkanlah pada setiap hari :)

So kepada emak aku Hajjah Kamdiah bt Hj Ambia dan emak mentua aku Hajjah Ramnah bt Abdan...
Assalamualaikum... semoga emak sihat sentiasa agar dapat meneruskan perjuangan khalifah dimuka bumi dan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredhaanNya.. Amin




Mengikut Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

-----kepada anak-anak aku : Tak perlulah membazirkan duit untuk membuat sambutan hari ibu ni...yang penting kasih sayang kalian pada aku, ibu kalian....Amin

10/05/12

Koleksi Petua 2

Salam sejahtera.....
Ha, hari ini aku nak up kan lagi beberapa petua yang aku rasa baik untuk kita amalkan...Macam biasala aku share dari page fb yang aku like la....

1. Doa Untuk Memohon Hati Yang Bersih
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَ...لِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .




2. Doa Agar Panjang Umur, Murah Rezeki dan Diberkati
اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي، وَاغْفِرْلِي

Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku.



3. Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat
1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.




4. Petua Sebelum Tidur
1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan te...lefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.
5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda.


 5. Khasiat BENDI
Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol...”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.


 -----> tkasih kepada penulis di fb Ensaiklopedia Petua Melayu
https://www.facebook.com/#!/ePetua
 

9/05/12

Koleksi Petua

Salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog aku...
Hari ini aku terpanggil untuk meng'updated' blog dengan beberapa petua yang menarik minat aku dalam page fb yang aku 'like'. Aku rasa boleh kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Harap dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog...

1. Untuk Awet Muda
a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan... jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


2. Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi".



3. Petua Untuk Minum Air

1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.
2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.



4. Sinar Cahaya Ayat Kursi
Dalam sebuah hadis ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap keju...juran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


5. Petua Untuk Cepat Jodoh
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Ama...lkan Surah Yusuf Ayat 4

Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


------> Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Amin

1/05/12

Persiapan Raya Tahun Ni

Assalamualaikum semua....
Rasanya dah lama sngat aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku sibuk menguruskan blog sekolah. Tetiba pulak hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang persiapan hari raya walaupun ada 3 bulan lagi sambutan itu akan diadakan.

Lagi dua bulan lebih kita akan menghadapi bulan Ramadhan, iaitu bulan yang pastinya memeningkan kepala. Bukan pening kerana sukar untuk melaksanakan ibadah puasa tersebut, tetapi pening kerana memikirkan tentang selepas puasa tersebut (hari raya.. :-( ). Ya, bila sahaja hari raya menjelang tiba, ramai orang yang akan mengeluh sampai berpeluh mengenangkan tentang persiapan untuk hari raya nanti. Memang banyak wang diperlukan untuk beraya ni.
  • Duit raya untuk anak-anak, adik-adik, anak buah, cucu-cucu, cicit-cicit, bla..bla..bla…
  • Duit untuk beli baju raya baru, baju anak ( bukan cukup sepasang seorang....paling tidak 3 pasang) , , baju parents, mertua…
  • Beli barang untuk persiapan raya, hias rumah, perabot baru…
  • Untuk beli kuih raya, buat open house, berziarah, bersedekah…
  • Berzakat…
  • dan macam-macam lagi…
Secara jujur aku katakan, aku sendiri sering menghadapi masalah kewangan apabila tiba sahaja hari raya ni. Memang pening kepala lah kata orang. Kalau tak betul-betul merancang memang “pokai” dibuatnya. Pasti ada yang berkata pada aku “Belum pun puasa lagi, dah nak fikir pasal raya dah? Apa la Yatie ni”. Tapi aku rasa memang semua orang pun mengalami masalah yang sama – masalah tak cukup duit untuk beraya.

Bukan maksud aku untuk tidak mementingkan tentang ibadah puasa. Puasa tetap puasa, itu perkara wajib. Tetapi apa yang aku ingin kongsi di sini adalah, betapa pentingnya perancangan dan persiapan awal untuk menghadapi hari raya yang akan datang ini. Kalau tak betul-betul merancang dan menyimpan untuk bajet raya nanti, memang tak beraya la jawabnya hehe....

So, hari ini aku merancang hendak ke Jakel Shah Alam untuk menambah koleksi baju raya aku dan juga anak-anak aku la....Jom ke bershopping.

7/02/12

Cara Rasullullah Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum semua....Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2012M bersamaan 1433H.


Hari Ahad yang lalu 5 Februari 2012, umat Islam seluruh Malaysia telah menyambut Maulidur Rasul SAW, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema pada ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433. Nabi Muhammad SAW mempunyai keperibadian yang sangat mulia yang patut diikuti oleh umat Islam semua. Di bawah ini dinyatakan petua-petua (Imam Syafie) yang diamalkan oleh Rasullullah untuk menjaga kesihatan baginda:

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Sumber:
https://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=324468910930163&set=a.223755551001500.54748.162607237116332&type=1&theater

16/01/12

Acar Buah

Assalamualaikum,

Entri aku kali ni aku nak kongsi resepi cara membuat acar buah.
Teringat tengah hari tadi masa aku borak-borak dengan kawan aku
yang nak buat kenduri kahwin anaknya minggu ni...
Aku pernah buat acar buah buah ni....belajar dari makcik aku..
masa tu, punya la banyak buah asam dlm paket aku beli..
macam2 aneka asam.. hai..
sebenarnya boleh jer, apa2 aneka buah kering yg kita suka ye..

Acar buah ni tahan lama, 6 bulan baru habis makan acar buah kering ni..
balik sekolah masak nasi, goreng sayur, goreng ikan dan acar buah ni..
ha dah ok dah selera makan dahh..

Kalau nak lebih sedap, hidangkan bersama nasi beriani..:D
Kalau nak makan dengan nasi putih pun sedap juga ek..hehe
Hmmm hmm cuba la ye..



Bahan-bahan A
Limau kering (dibelah dua)
Belimbing kering
mangga kering
lobak asin(potong dadu)
buah kurma
kismis kuning
halwa kundur

Bahan B
cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak, kemudian dikisar)
bawang besar(dikisar)
cuka
Gula merah
bawang putih
halia(dimayang)
gula secukup rasa
Bijan (goreng tanpa minyak)
garam secukup rasa
bunga cengkih
kulit kayu manis
bunga lawang
jintan manis (dikisar kasar)
jintan putih (dikisar kasar)


Cara membuatnya
1. Tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih dan halia dengan minyak.
2. masukkan cili dan bawang besar yang dikisar
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis, jintan putih
4. Masukkan 2 cawan air dan cuka.
5. Masak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan Bahan A dan masak sehingga pekat.
7. Renihkan di atas api kecil
8. Masukkan garam, gula dan akhir sekali bijan.

11/01/12

Adab Bersolek

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.


Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..


Mulut


Hidung


Mata


Dahi


Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut

Hidung


Mata


Dagu


Selamat beramal.. ;)

Besok Mulai Mengajar Lagi....Sudah Masuk Sekolah....Seronoknya...

Selamat malam semua....
Alhamdulilah setelah cuti selama sebulan setengah, akhirnya hari yang datang jugak. Aku bosan cuti lama-lama, nak cepat masuk sekolah(kerja), boleh bergosip dengan kawan-kawan dan berbual-bual dengan anak-anak murid. Esok 4 Januari 2012 kewajiban aku sebagai seorang guru harus aku laksanakan. Semangat baru sudah ada di dada untuk menyambut hari esok. Dan semoga para pendidik, dan yang berkecimpung dalam dunia pendidikan akan dapat memberikan yang terbaik lagi pada tahun ini. Amin

Template by:

Free Blog Templates