18/05/12

Hari Guru Dah Selesai.....

Salam sejahtera,
Alhamdulilah, sambutan hari guru telah selamat diadakan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Masuk tahun kedua aku ditugaskan sebagai penyelaras sambutan hari guru ni. Pada mulanya sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada 18 Mei 2012, iaitu hari ini tetapi oleh kerana terdapat surat pekeliling dari kementerian mengarahkan sekolah supaya mengadakan sambutan hari guru serentak pada 16 Mei terpaksalah kami adakan pada hari tersebut dan menonton siaran langsung di TV1 sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Maka aku terpaksa mengubahsuai aturcara sambutan untuk disesuaikan dengan surat pekeliling dari kementerian.

Setiap tahun aku ni di antara guru yang tak bertuah kerana kurang mendapat hadiah. Almaklumlah aku mengajar kelas tahun 6, yang mana ramai murid lelaki tak berapa suka nak beri hadiah pada cikgu mereka.Dulu masa aku mengajar kelas rendah memang aku dapat banyak hadiah. Sehari sebelum hari guru aku dah dapat hadiah sebenarnya dari seorang murid aku yang memang terkenal banyak mulut. Dia beri aku 4 ekor ikan puyu. Orang kata kalau kita bela ikan puyu ni panjang umur dan murah rezeki...amin.

Tapi aku rasa seronok sangat sebab murid-murid yang beri hadiah kat aku sangat cantik dan comel. Ada yang beri aku lampu tidur kucing yang comel, ada yang beri minyak wangi, ada yang beri bekas pen, frame gambar dan yang paling banyak aku terima ialah jam. Ada jam loceng, jam dinding. Apa pun bukan hadiah yang aku harapkan. Aku nak mereka semua menjadi murid yang berjaya dalam pelajaran. Aku nak mereka berjaya dalam UPSR. Itu aku rasa hadiah yang paling bermakna pada aku seorang guru.

Sebahagian hadiah yang aku terima masa hari guru......cantik kan?





Terima kasih kepada murid-murid, kawan-kawan, adik-beradik yang mengucapkan selamat hari guru melalui sms dan facebook.

Template by:

Free Blog Templates