Jika di dalam bulan Mei kita menyambut hari untuk menghargai para ibu dan para guru, di dalam bulan Jun adalah masa untuk menunjukkan penghargaan kita kepada kaum bapa pula. Tidak kira apa panggilan yang anda beri sama ada ayah, abah, daddy, papa, bapak atau ayahanda sekalipun. Tarikhnya adalah 19 Jun 2011 dan jatuh pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun iaitu pada esok hari. Seperti Hari Ibu dan Hari Guru, anda disajikan dengan beberapa tips dan idea untuk meraikan hari tersebut. Untuk Hari Bapa disediakan beberapa cara untuk meraikannya bersama insan yang anda sayangi dan hormati ini.
Alhamdulillah, keluarga aku turut meraikannya pada tahun ini. Oleh yang demikian, seperti tahun-tahun sebelumnya, anak kami pasti akan menyediakan hidangan khas buat bapa kesayangan mereka En Saadon bin Fadli. Ingin tahu apa menu yang mereka hasilkan untuk Hari Bapa pada tahun ini? Jadi aku minta anak aku masakkan hidangan istimewa untuk bapa mereka pada malam ini, "STEAMBOAT SPECIAL" dan "JUS TEMBIKAI SPECIAL". (Gambar aku update kemudian)
Buat suami yang amat dikasihi dan dirindui setiap saat hayat ini, jutaan terima kasih buat segala-galanya. Tanpa kasih sayang, dorongan dan doamu tidak akan diriku kental untuk meneruskan perjuangan ini *Alhamdulillah*. Semoga Tuhan sentiasa meredhai dan memberkati hidupmu, Amin~ *tangisan kegembiraan!* >_<
Di ketika ini juga, bapa saya sudah 17 tahun kembali ke rahmatullah. Ketika itu anak sulung aku baru berumur satu tahun lebih. Kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa, ambilah peluang untuk berbakti kepada bapa anda sementara mereka masih hidup.
Kepada semua bapa di Malaysia aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Bapa".