25/01/10

TIPS MEMUJUK YANG MERAJUK

Beri waktu


Setiap kali pasangan kita merajuk, berikan dirinya waktu untuk menenangkan diri. Tak perlulah anda tergopoh-gapah mencari dia untuk memujuk si dia. Rajuk hatinya hanya untuk seketika. Mungkin selepas dibiarkan tenang sendiri dia akan kembali ok dan anda tidak perlu pun memujuk.

Berilah waktu dan kemudian hubungilah dirinya melalui telefon atau sms. Ucapan seperti "sayang merajuk lagi ke?" sudah tentu akan membuatkan di dia tersenyum. Akan tetapi sekiranya apabila dihubungi, pasangan enggan menjawab atau memberi respon, sekali lagi berikan dirinya waktu. Anggap sahaja dia perlu waktu untuk berfikir.


Berikan kejutan

Ambil hati pasangan yang merajuk dengan melakukan kejutan kecil buat dirinya. Kirimkan bunga, berikan hadiah atau meletakkan nota kecil tertera "Aku cinta padamu" di dalam begnya. Sudah tentu ini akan menyejukkan hatinya. Pasangan tentu tidak sampai hati untuk merajuk lebih lama.


23/01/10

Semangat

Aku sebenarnya sayang pada dia macam anak aku sendiri. Aku nak dia menjadi seorang pekerja yang berdisiplin dan melakukan tugasan dengan baik. Aku nak dia menjadi insan yang patuh pada agama, bangsa dan negara, seperti aku yang bekerja tanpa mengira masa walaupun aku dah bekerja lebih 22 tahun. Semangat kerjaku masih lagi kuat...

Itulah sebabnya aku nak dia bersemangat seperti aku.Datang kerja awal, buat tugasan yang telah dirancang dan tugasan lain yang mendatang....itu saja, tak susah...Dah banyak kali aku cakap kat dia, sekejap dia dengar lepas tu dia tak ingat pun apa tugasannya....asyik nak kena ingatkan aje....

Tapi, tak apelah aku sentiasa mendoakannya agar suatu masa nanti dia berubah...seperti janjinya padaku....Amin.....

21/01/10

TIPS RUMAHTANGGA

Jadi sahabat suami

Elakkan menjadi seorang isteri yang pemarah dan sensitif. Jalinkan persahabatan dengan suami sehingga dia berasa selesa untuk berkongsi masalah dengan anda. Hubungan yang baik dan harmonis akan membuatkan suami anda selalu ingin pulang cepat dan berbual dengan anda. Selain itu jadilah pendengar yang setia dan baik terhadap semua cerita dan masalah suami. Perhatian isteri terhadap suami akan memberikan impak ang mendalam pada diri suami. Amin.....

Saling percaya mempercayai pasangan

Sebagai suami isteri kita hendaklah saling mempercayai dan bersikap terbuka antara satu sama lain. Ini mengelakkan perasaan curiga terhadap pasangan. Dengan ini perkahwinan akan berdiri teguh walau apapun yang berlaku. Sekiranya tiada sikap terbuka dan mempercayai antara satu sama lain, wujudlah pertengkaran dan pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada kehancuran rumahtangga.

Bersolek untuk suami
Sebagai isteri kita hendaklah sentiasa cantik pada pandangan mata suami. Isteri seringkali terlupa menjaga penampilan diri atau bersolek untuk suami yang tercinta. Ketika berada di rumah seharusnya isteri memakai pakaian yang kemas dan bersoleklah seperti biasa sewaktu hendak keluar rumah. Janganlah hanya memakai T-Shirt dan berkain batik dengan wajah yang pucat. Pakailah sesuatu yang seksi dan bersoleklah sedikit supaya apabila suami pulang ke rumah disambut oleh isteri yang cantik dan manis.

Waktu berdua-duaan
Walaupun sudah beranak pinak namun waktu berdua-duaan dengan pasangan perlu ada. Ajaklah pasangan anda keluar berdua-duaan seperti zaman mula-mula bercinta. Jika pasangan kita menolak untuk melakukan perkara katakan anda teringin untuk melakukan perkara yang dilakukan semasa berdating dulu. Pasti pasangan anda tidak sanggup menolak pelawaan anda. Selamat mencuba....

TIPS KECANTIKAN

Menegangkan muka

Bagi ibu-ibu macam saya, diharap petua ini dapat dijadikan amalan. Untuk menegangkan kulit muka kita boleh menggunakan beberapa biji manjakani dengan menjemurnya seharian pada cahaya matahari. Tumbuk sehingga halus kemudian bancuh dengan sedikit air suam. Sapukan pada permukaan muka seperti memakai masker. Amalkan selama dua minggu...InsyaAllah kulit muka anda akan kelihatan muda dan tegang.

Menghilangkan bau badan


Orang perempuan memang mempunyai bau badan yang kuat berbanding kaum lelaki. Orang akan menjauhi kita sekiranya ini terjadi. Saya ada petua untuk itu.
Ambil 4 biji buah limau nipis dan perahkan airnya. Air perahan tadi digosokkan ke seluruh badan terutamanya pada bahagian bawah lengan dengan menggunakan sehelai tuala kecil yang bersih. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu sebelum mandi. InsyaAllah badan anda tidak akan berbau lagi.

Menghilangkan kelemumur

Setiap orang inginkan rambut yang cantik yang bebas dari kelemumur. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang memakai tudung. Ini adalah petua yang saya rasa boleh diamalkan.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan kisar sehingga hancur. Kemudian sapukan pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut bahagian kepala selama 10 hingga 15 minit. Bilas seperti biasa sehingga bersih. Lakukan beberapa kali sehingga rambut bebas dari kelumumur.

Mengelakkan muka kelihatan sembab

Ini juga satu petua yang boleh diamalkan samada untuk lelaki mahupun wanita.
Ambil sebiji putih telor, sedikit minyak zaitun, bunga melur, sebiji limau nipis dan sedikit badam. Semua bahan tersebut dikisar, kemudian dipupurkan pada muka. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci muka sehingga bersih. Selamat mencuba.

Rambut cepat panjang
Sebelum tidur basahkan rambut. Biarkan rambut lembap sehingga pagi. Insya-Allah rambut anda akan cepat panjang jika diamalkannya setiap hari.

20/01/10

TIPS DI DAPUR

Elak tauhu melekat

Saya rasa ramai yang menggemari tauhu goreng cicah dengan sos cili....sedapnya. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Namaun begitu biasanya tauhu akan melekat apabila digoreng. Untuk mengatasi masalah ini senang sahaja. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Pastinya tauhu yang digoreng tadi tidak melekat lagi semasa menggoreng.

Elak lalat, unggas di dapur

Ini satu lagi petua untuk surirumah yang tentunya sangat rimas dan risau sekiranya di dapur mereka dipenuhi lalat dan unggas yang berterbangan....Kalau sayapun pastinya mengalami situasi yang sama. Jadi untuk menghilang dan menghindari masalah tersebut sewaktu saya memasak, sediakan secekak daun sup atau daun bawang yang masih berakar di dalam bekas berisi air. Biarkan daun tersebut selama 2 hari. InsyaAllah....aroma dari daun-daun tersebut dapat menghindar serangga-serangga kecil seperti lalat, unggas dan semut menghampiri kawasan anda memasak....dapur kita juga sentiasa berbau wangi...cubalah.

Template by:

Free Blog Templates