~ about all aspects of life as a believer, a mother, a wife and a woman. It's a place of personal reflection ~
Hari ni hari yang paling bersejarah buatku...
Setelah 4 tahun aku belajar di OUM akhirnya dapat kugenggam segulung ijazah...
Terima kasih buat keluargaku yang selama ini banyak memberi dorongan khususnya hubbyku yang memberi kebenaran kepadaku untuk ku belajar. Tidak lupa juga kepada anak-anakku dan ibuku yang memahami aku...selalu kutinggalkan mereka bila aku ada kuliah....
Terima kasih kepada semua....familiku khususnya hubby, anak2ku, ibuku, anak-anak buah, adik-beradikku, anak bujangku, kawan-kawan fb dan kawan2 sekerja dan sesiapa saja yang memberikan ucapan tahniah, yang datang memberikan sokongan, memberikan hadiah dan jambangan bunga kepada aku.....sungguh aku terharu mengingatkan peristiwa pada hari itu....
Rakaman peristiwa bersejarah
Semalam, 14/6/2010 hari jadi anak bujang aku...
selamat untuknya, semoga panjang umur, murah rezeki dan selamat dunia dan akhirat.
amin...ya rabbal alamin,,,
semalam aku ke sekolah....
tujuan utama aku nak buat kelas tambahan untuk murid tahun 6...
setelah aku mengajar dan memberi muridku latihan aku ke pejabat....
aku ke kotak surat hendak melihat kalau-kalau ada surat penting untuk aku...dan aku lihat ada surat jemputan sambutan hari guru pada 24/6/2010 di sm seri puteri. mula-mula aku tak perasan surat itu untuk ku...
ingatkan gb punya, tapi gb kata dia dah dapat ...lalu ku belek-belek dan aku nampak nama aku tertera pada kad jemputan tersebut. biasanya kalau sambutan hari guru kalaau dapat apa-apa anugerah barulah dapat kad jemputan yang khas....
oooo rupa-rupanya permohonan aku untuk anugerah guru dedikasi peringkat daerah sepang dapatlah...tak sangka betul....alhamdulilah syukur pada Allah swt.
1 Jun 2010.....tak sangka selama 20 tahun lebih aku tak jumpa, akhirnya pada hari ini, sehari sebelum harijadiku....aku dapat berjumpa dengan abang angkatku di fb...tak sangka betul.
Sebelum ni aku tak perasan yang dier 2 abang angkatku...walaupun sebelum ni kami ade sembang di fb, sbb aku biasanya layan saje sape yg nak sembang ngan aku. Sampailah pada 1 jun lepas waktu aku tgh sembang ngan dier jaga aku nampak gambar abang angkat aku 2 kata..."pakwe 2 gendong ular la..." lalu aku pn besarkan gambar 2....masyaAllah...ye la, abang mok la...abang angkat aku....
Sebenarnya dulu aku kenal ngan dier lepas aku spm....dier 2 teknisen tm...mula2nya katanya abang angkat tp...ade sikit rase lain...Itu kesah dulu la. Lepas dier pindah ke seremban, aku ade jumpa dier masa dier kawin kat johol...pas 2 ade sekali aku jumpa dia kat rmhnye kat rasah....pas 2 hilang tanpa berita.Agaknya dah ditakdirkan aku berjumpa semula di fb...alhamdulilah syukur pada ALLAH.
Hari ni genaplah umur ku 44 tahun. Dalam usiaku sebegini inilah tahun yang aku rasa tahun paling menceriakan hidupku kerana banyak ucapan-ucapan yang aku terima terutama sekali dalam "Facebook". Terima kasih kepada semua...So di sini aku rakamkan ucapan-ucapan dari semua untuk ku simpan sebagai kenang-kenangan.