27/03/11

Sifat mengikut bulan Islam....

Assalamualaikum!

Nak tahu anda lahir dalam bulan apa dalam kalendar Islam? Boleh pergi link bawah ni untuk tukar tarikh lahir dari Masehi ke Hijrah dan boleh baca sifat-sifat anda:

Link Jabatan Agama Brunei -Tukar Tarikh Masihi kepada

http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

***
Kepada ibu-ibu mengandung sekalian..sila tetapkan bulan kelahiran anak-anak yang bakal dilahirkan ye, insyaallah dapat anak-anak yang soleh dan solehah nanti. Amin.

Emm....aku lahir bulan....rahsia hihi....
Sila doakan semoga aku BUKAN tergolong antara orang-orang yang gagal.....
Aku tetap bersyukur yang aku yang ni sebenarnya orang yang workaholic dan mahu berjaya dalam kerjaya aku sebenarnya huhu....

Cara berkomunikasi dengan anak

Sebagai orang tua, Anda harus memilih kalimat / kata yang tepat saat sedang berkomunikasi dengan si kecil. Terkadang komunikasi yang salah bisa berdampak buruk terhadap anak. Cubalah hindari berbicara yang tidak baik dengan anak kerana jika kita sebagai orang tua berbicara kepada anak dengan kata-kata yang tidak baik, maka anak kita akan mengikuti apa yang kita katakan.

Menurut Maggie Macaulay, MS ED pemilik Parenting Whole Heart, pemahaman yang tepat untuk berkomunikasi dengan anak adalah salah satu kunci sukses untuk menghindari kesalahan mengasuh anak.

Berikut ini 5 hal yang harus dihindari dalam berkomunikasi dengan anak :

1. Bersikap sopan terhadap anak
Jika Anda ingin meminta tolong kepada anak, sebaiknya berbicara dengan jelas dan sopan. Sebaiknya gunakan seperti kalimat “Nak, tolong ambilkan minuman untuk ibu “. Meminta pertolongan kepada anak juga dapat dilakukan dengan memberikan sesuatu yang membuat mereka segera untuk melakukannya.

2. Jangan memberi harapan kosong kepada anak
Bila anak memberikan pertanyaan kepada anda yang mengharuskan untuk menjawab pertanyaan tersebut, tunjukkan komitmen dalam menjawab pertanyaan. Hindari kata ‘mungkin” untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh anak. Berikanlah anak jawaban yang pasti iaitu dengan mengajukan waktu untuk memenuhi permintaan anak. Seperti “mama akan membelikan kamu basikal bulan depan ya “, kerana dengan jawaban yang pasti tersebut akan dicontohi oleh anak dalam membuat keputusan.

3. Membezakan perintah kepada setiap anak
Jika Anda ingin memberikan perintah kepada anak untuk melakukan sesuatu dengan cepat, jangan menyamakan perintah tersebut pada semua golongan usia anak, karena yang akan terjadi mereka akan salah mengerti. Anda perlu mendefinisikan lebih jelas kepada anak diusia kurang dari 6 tahun untuk menyuruhnya lebih cepat, seperti “waktunya lima minit lagi ya”.

4. Menyelesaikan masalah dengan cara efektif
Jika Anda sudah mulai kehilangan kesabaran terhadap anak, sangat mudah untuk menyuruhnya pergi kembali ke biliknya agar situasi tidak semakin buruk. Tetapi menurut Macaulay, tindakan seperti itu tidak akan efektif kerana anak anda tidak akan merenungkan dan memperbaiki kesalahannya. Macaulay menyarankan sebaiknya menyelesaikan masalah tersebut dengan anak.

5. Hindari mengulang perintah kepada anak
Ketika anda meminta pertolongan kepada anak, hindari memintanya berulang-ulang menyebabkan anak akan enggan untuk melakukan apa yang anda perintahkan. Berilah peringatan kepada anak untuk melakukan perintah dengan satu kali ucapan agar anak merasa nyaman untuk melakukan perintah anda.

Berkomunikasilah terhadap anak dengan baik, karena itu semua akan memberikan anak lebih baik untuk masa depannya. Semoga artikel ini dapat bermanfaat untuk anda !!!

Template by:

Free Blog Templates