MENU UTAMA

28/09/11

HARAPAN AKU SEBAGAI GURU

Hari ini dah masuk setengah bulan anak-anak murid aku mengambil peperiksaan UPSR. Sebelum mereka semua menduduki peperiksaan aku dan cikgu-cikgu tahun 6 yang lain bersungguh-sungguh mencurahkan segala ilmu yang ada dengan harapan mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Itu sebabnya diadakan "Mini Asrama". Walaupun mungkin ada masalah dimana-mana, masalah tersebut dapat deselesaikan dengan baik. Apapun, aku harapkan yang terbaik dari murid tahun 6. Ada 1 orang anak yang aku harapkan. Aku berdoa dia berjaya dan mendapat 5A dalam UPSR kali ini. Kepada anak murid aku yang lain aku juga sangat berharap mereka cemerlang dalam UPSR nanti. Ada habuan jika mereka berjaya. Bukan hendak mengumpan atau mengupah, tetapi sedikit dorongan agar mereka lebih berjaya pada masa hadapan.

Apakah perasaan anda? Gembira atau tidak? Sedih atau risau? Kacau bilau? Sabarkan dan tenangkan hati anda. Doakan yang terbaik untuk mereka agar mereka cemerlang dalam peperiksaan ini. Walaupun nampak kecil bagi sesetengah orang, tetapi ini ada titik mula bagi murid tahun ini mengenal peperiksaan penting seperti UPSR. Ramai yang tidak nampak impaknya, tetapi aku harap kesannya akan memberikan faedah kepada semua orang. Baik kepada guru sekolah, guru mata pelajaran, guru besar, ibu bapa, pihak sekolah dan juga murid tahun 6 sendiri.

Ramai juga yang bertanya adakah soalan bocor upsr tahun ini atau berjayakan mereka meneka soalan UPSR kali ini? Tepatkah tajuk yang dicari dan silibus mana yang keluar pada peperiksaan kali ini? Kita hanya tahu selepas pegawai peperiksaan membuka kertas soalan sahaja. Hehe..tunggu dan lihat. Tak perlu nak sibuk cari soalan bocor dan bagi kepada murid tahun 6. Biarkan mereka berjaya dengan keupayaan mereka sendiri sekarang tanpa bantuan sesiapa. Kita berserah dan berdoa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan