10/03/11

e-filling

ha....sekarang ni musim pengisian lhdn.....samada secara manual(isi borang) atau secara online(e-filling).....
setiap pembayar cukai yang boleh dikenakan cukai atau tidak dikehendaki melaporkan pendapatan kepada lhdn adalah pembayar cukai yang bertanggungjawab.....
aku dah wat pengiraan......
aku lebih suka buat secara e-filling sebab xyah nak pegi ke lhdn(buang masa, duit dan tenaga)
lagipun masa mengisi tu sekejap je tapi kena pastikan dokumen yang diperlukan ada dan mencukupi.....
alhamdulilah....aku dah selesai declare pendapatan aku dan aku masih lagi tak kena.....
so, sape2 yang belum membuat pengiraan sama secara manual atau secara online janganlah berlengah-lengah......
jangan tunggu saat2 akhir baru nak buat....
macam orang yang nak bayar saman trafik....

9/03/11

bijak mengurus kewangan!!!!!!!!!!!!!

untuk mengurus kewangan setiap bulan.. kene urus by harian dan mingguan dulu..

bagaimana aku mengurus...

1st- kalau makan kat luar pesan minum air suam shj....biasanya kalu celebrate ari jadi atau anak2 kumpul kat umh barulah kitarang makan kat luar....
2nd- seboleh2nya makan kat umah....
3rd- kalau nak  pegi mana lebihkan berjalan bila ada kemudahan masa....
4th- saya amik kira hanya 2 bende yg kita belanja tak rugi iaitu rumah dan emas.. now ada masuk yg ketiga iaitu sedekah pada orang yang memerlukan....
5th- basuh kereta sendiri.... kalau dah berbulan dan berkerak2 kereta tu baru la hanto kedai.....

KENAPA kita sukar menyimpan?
Bagaimanakah caranya untuk menyimpan ???
1) pertama sekali, langsaikan segala bil2 dan hutang piutang (elak tunggakan)
2) simpan 10% drp gaji untuk simpanan tetap
3) buat potongan gaji siap2 dalam Tabung Haji & ASB (jgn sesekali guna duit ni kecuali BENAR2 terdesak)
4) ketepikan duit setiap bulan untuk keluarga (untuk menambah keberkatan wang)
5) membeli-belah barang keperluan dan bukannya kehendak
6) membuat senarai barang yang hendak dibeli sebelum keluar membeli
7) jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah
8) elakkan pembaziran, membazir tu kan amalan syaitan...
9) berbelanja mengikut kemampuan gaji masing2 dan bukannya meniru gaya hidup orang lain
10) SAY NO to CREDIT CARD! (kalu ade guna masa terdesak je)....

6/03/11

sibuk jer.....

dua hari cuti ni macam 2 jam aje...
semalam pagi sampai ke tengahari aku mula wat kelas tambahan untuk budak2 tahun 6.....
petangnya pulak kena hantar anak aku wat photoshoot untuk final pojek dier....
malamnya pulak aku dan suami pergi kenduri kahwin anak cikgu sk sg rwg....
balik dari kenduri aku terpaksa menyiapkan kertas ujian sains tahun 3 sebab hari selasa ni dah mula untuk ub1....
pepagi tadi menguruskan hal ehwal rumahtangga.....
pastu kul 1.ootgh menghantarkan anak dara aku ke seremban tuk balik ke pasir gudang......
sampai kat umh aku terpaksa pulak menyiapkan kertas ujian sains t4....
rasa macam nak pecah....
sepatutnya soalan ujian dah siap minggu lepas lagi tp sibuk dengan skpm2010.....
nanti sebelum tido aku nak cek aku punya bahan pendaftaran upsr yang nak kena antar sok pagi....
belum lagi nak menghadp gb nak wat perakuan skpm tuh.....
inilah aku yang sentiasa sibuk dengan tugas2 harian, tugas segera dan tugas2 yang menanti....
cam mane pun aku bersyukur kerana sentiasa diberi kesihatan dan dapat melakukan tugas2 yang diamanahkan kepada aku....amin

Template by:

Free Blog Templates