9/03/11

bijak mengurus kewangan!!!!!!!!!!!!!

untuk mengurus kewangan setiap bulan.. kene urus by harian dan mingguan dulu..

bagaimana aku mengurus...

1st- kalau makan kat luar pesan minum air suam shj....biasanya kalu celebrate ari jadi atau anak2 kumpul kat umh barulah kitarang makan kat luar....
2nd- seboleh2nya makan kat umah....
3rd- kalau nak  pegi mana lebihkan berjalan bila ada kemudahan masa....
4th- saya amik kira hanya 2 bende yg kita belanja tak rugi iaitu rumah dan emas.. now ada masuk yg ketiga iaitu sedekah pada orang yang memerlukan....
5th- basuh kereta sendiri.... kalau dah berbulan dan berkerak2 kereta tu baru la hanto kedai.....

KENAPA kita sukar menyimpan?
Bagaimanakah caranya untuk menyimpan ???
1) pertama sekali, langsaikan segala bil2 dan hutang piutang (elak tunggakan)
2) simpan 10% drp gaji untuk simpanan tetap
3) buat potongan gaji siap2 dalam Tabung Haji & ASB (jgn sesekali guna duit ni kecuali BENAR2 terdesak)
4) ketepikan duit setiap bulan untuk keluarga (untuk menambah keberkatan wang)
5) membeli-belah barang keperluan dan bukannya kehendak
6) membuat senarai barang yang hendak dibeli sebelum keluar membeli
7) jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah
8) elakkan pembaziran, membazir tu kan amalan syaitan...
9) berbelanja mengikut kemampuan gaji masing2 dan bukannya meniru gaya hidup orang lain
10) SAY NO to CREDIT CARD! (kalu ade guna masa terdesak je)....

6/03/11

sibuk jer.....

dua hari cuti ni macam 2 jam aje...
semalam pagi sampai ke tengahari aku mula wat kelas tambahan untuk budak2 tahun 6.....
petangnya pulak kena hantar anak aku wat photoshoot untuk final pojek dier....
malamnya pulak aku dan suami pergi kenduri kahwin anak cikgu sk sg rwg....
balik dari kenduri aku terpaksa menyiapkan kertas ujian sains tahun 3 sebab hari selasa ni dah mula untuk ub1....
pepagi tadi menguruskan hal ehwal rumahtangga.....
pastu kul 1.ootgh menghantarkan anak dara aku ke seremban tuk balik ke pasir gudang......
sampai kat umh aku terpaksa pulak menyiapkan kertas ujian sains t4....
rasa macam nak pecah....
sepatutnya soalan ujian dah siap minggu lepas lagi tp sibuk dengan skpm2010.....
nanti sebelum tido aku nak cek aku punya bahan pendaftaran upsr yang nak kena antar sok pagi....
belum lagi nak menghadp gb nak wat perakuan skpm tuh.....
inilah aku yang sentiasa sibuk dengan tugas2 harian, tugas segera dan tugas2 yang menanti....
cam mane pun aku bersyukur kerana sentiasa diberi kesihatan dan dapat melakukan tugas2 yang diamanahkan kepada aku....amin

sikap wanita yang disukai lelaki

Sebab apa seorang wanita disukai oleh lekaki?
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.....
Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.....
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.....
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing....


1. Keanak-anakkan

Mungkin sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki...
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.....
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.....
Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki....
Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah....

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya....
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya....
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya....

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki....
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.....
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....

4. Menjaga Penampilan


Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik....
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.....
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya....
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya....
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.....
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual....
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya....
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik......
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik....
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.....

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki.....
Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda....
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.....
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.....

7. Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.....
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.....
Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.....
Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.....

8. Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu....
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.....
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...

Template by:

Free Blog Templates