6/12/10

daftar anak ke polijb

minggu lepas, 28 Nov 2010 aku sekeluarga ke jb sebab uruskan anak belajar di polijb, pasir gudang....so kami bertolak dari rumah pada 27 Nov dan menginap di Hotel Selesa.....Setelah selesai urusan dipolijb kami bertolak pulang ke selangor....semoga anak aku dapat belajar di sana dengan baik...amin ya rabbal alamin....

di hotel selesa

berhenti rehat di r n r pagoh

menuju ke bilik hotel-menginap semalam

anak bongsu tak lepaskan peluang mandi-manda
di kolam di hotel selesa

berehat di tepi kolam sambil menemankan
anak mandi kolam

nurul di pntu masuk ke lobi hotel selesa

di bilik hotel kepenatan selepas 5 jam perjalanan

berehat di hadapan bilik nurul

menunggu pendartaran asrama

taman di hadapan bilik nurul


"ooooh tidak"

aku baru balik dari pulau pangkor pada 24 nov .....aku ke sana sbab menghadiri mesyuarat verifikasi emis menggantikan guru data aku yang pergi menunaikan haji....tak kesahlah sebab aku menjangkan sesuatu yang ser0nok akan berlaku kerana aku akan dapat berjumpa dengan member data yang telah 2 tahun aku tak jumpa...

dipendekkan cerita, pada 22 nov aku dan member2 data pun bertolak ke pulau pangkor dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak ppd.....seronok sgtlah aku dapat jumpa dengan guru data lama yang masih kekal dalam emis....ada juga guru data baru.....tapi yg tak seronoknya aku naik feri yg penuh dengan lalat.....macam duduk kat tmpat buangan sampah....dan yang paling mengharu birukan kita orang aku ngan kawan-kawan duduk di belakang dekat dengan tandas.....bayangkan macam mana baunya.....aku rasa duduk dalam feri yang cuma mengambil masa 20 minit dari jeti lumut ke pangkor seperti 20 jam....huh lama betul....

akhirnya feri yang membawa aku dan kawan-kawan tiba di jeti pulau pangkor.....apalagi kami cepat2 bangun dan meninggalkan feri kerana tidak tahan dengan lalat dan bau yang tidak menyenangkan hidung penumpang2 feri berkenaan....

aku rasa ini satu pengalaman pahit buat aku....dah banyak kali aku naik feri ke pulau pangkor tapi inilah pengalaman yang paling tidak akan aku lupa....

inilah feri duta yang meninggalkan
memori aku tu......

21/11/10

sikap sambil lewa~anak zaman sekarang~

ni la anak dara aku yang nak masuk pjb tu.....
aku ni jenis orang yang tak suka buat kerja sambil lewa.....kalu ade perkara2 penting aku akan cepat2 menyelesaikannya.....pantang sekali bagi aku kalu perkara yang penting dianggap enteng walaupun nampak remeh dan tak penting...

sekadar nak berkongsi cerita dengan pembaca.....tentang anak dara aku yang nak masuk politeknik jb ambik jurusan grafik multimedia ni la.....dari ari tu aku dah bising kat dier supaya menyediakan segala keperluan untuk dia mendaftar pada 28 disember ni.....macam2 nak kena diuruskan tapi dier ni jenis selama je...buat kerja sambil lewa....ni kadang2 aku boleh naik hangin......itulah namanye pun anak kalu tak menyusahkan mak bapak memang tak sahlah katakan...anak2 zaman sekarang semua perkara nak kena suap.....

dulu masa aku nak masuk ke maktab takde pun nak menyusahkan sesiapa.....ari pertama je bapak aku antar ke maktab....pastu tu dier tak ambil peduli hal aku sampaila aku kuar maktab....sampaikan masa aku terima sijil pun takde sapa yang datang nengok....

untung anak2 zaman sekarang....

Template by:

Free Blog Templates