15/11/10

alamak!!!! duit dah takde la.....

Huh!!!!! Baru beberapa hari gaji dah kata tak ada duit.....Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan perkara utama yang perlu dilakukan ialah tambahkan pendapatan. Jadi, pelbagai usaha perlu dibuat untuk menambahkan pendapatan bukannya duduk diam je.....bak kata pepetah rezeki tak datang bergolek...... Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.


Mengapa ingin aku cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap. Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan – kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam – macam hal disebabkan duit....Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat kerja – kerja terkutuk dan pelbagai macam perkara lagi yang melibatkan duit.

Namun sebelum itu, mari kita renungkan sejenak. Rezeki datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, kita sebagai hambanya haruslah berusaha keras untuk memperolehi rezeki ini. Tiada konsep mudah dalam mencari rezeki. Semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran serta usaha yang tanpa henti supaya akhirnya kita memperolehi rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

12/11/10

gembira sangat

anak-anak didikku
menunggu dengan penuh debaran
menunggu dengan penuh kesabaran
apesal lambat sangat gpk1 ni nak umum
11 nov 2010 aku bangun awal pagi kerana tidak dapat tidur dengan nyenyak. Aku cepat-cepat memandu keretaku ke sekolah. Aku cuba kawal perasaanku yang mula berdebar-debar....aku tidak mempunyai selera makan kerana hari ini merupakan hari yang penting dalam hidup aku dan juga anak didikku....hari ini keputusan upsr keluar...duk... dak... duk.... dak. Terasa nak tercabut jantungku menunggu gpk1 aku balik ke sekolah...membawa keputusan dari PPD.

Aku cuba mengawal diriku....kenapa lambat sangat gpk 1 balik ni....jam tangan yang kupakai menunjukkan pukul 9.45 pagi.... kulihat kereta gpk1 memasuki kawasan sekolah....aku lantas segera menuju ke arahnya...tak sabar rasanya.....Belum lagi dia keluar dari kereta aku pantas menyambut envelope yang berisi keputusan upsr dari tangannya....dengan cepat aku membuka envelope tersebut.....
                                                                                                                                                    
Aku berasa sangat gembira. Tetiba air mata mengalir tanpa kesadaran aku....alhamdulilah usaha aku selama beberapa bulan berbaloi nampaknya....aku dapat menebus kembali maruahku yang aku rasa jatuh pada tahun lepas....keputusan subjek yang aku ajar agak terkebawah dari subjek yang lain....dan paling menggembirakan murid aku ramai yang dapat A dalam bm penulisan....alhamdulilah syukur pada Allah

4/11/10

Semoga Aku Tabah

Banyak kata-kata yang ingin aku luah tetapi tertinggal jauh di sudut hati…Walaupun aku rasa pedihnya tetapi aku sering berfikir lebih baik dipendamkan saja..... dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa aku pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan… 

AKU sendiri tak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi aku cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidahku sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin aku cukup baik dan sempurna. Seberat apapun masalah yang kita hadapi pasti sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus aku jadikan sebuah keyakinan mutlak dalam diri.

Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna di mata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. 

Semoga aku tabah menghadapi.......

Template by:

Free Blog Templates