17/05/10

16 Mei....

Hari ni aku berada di Shah Alam, di rumah kakak aku yang nombor 2...macam biasa anak2 semua suka pergi ke rumahnya walaupun rumahnya rumah flat. Anak-anak lebih selesa tinggal di sini sebab mereka boleh ngam dengan sepupu diorang.



Pagi2 lagi aku, suami, anak2 dan anak buah pergi ke Pasar tani di Stadium....cari barang kononnya...sesampainya di sana....biasalah apa yang sepatutnya tak dibeli akhirnya ku beli...
Habis membeli beberapa barangan kami balik ke rumah untuk makan tengah hari. Petangnya aku dan keluarga ke satu destinasi lagi....shopping lagi...mana? JAKEL kat seksyen 7 depan UiTM................

Akhirnya kami shopping sakan kat sini...aku membeli sepasang baju berwarna terkois untuk kupakai ke majlis Konvokesyen aku pada 20 Jun 2010 nanti........Suamiku pulak sibuk memilih baju linennya...nak pakai untuk dinner katanya....Dia memilih warna yang sedondon dengannya baju yang aku pilih......warna terkois jugak....

Beli ajelah.....tapi bayar sendiri....


3 dare pingitan

        ni si sauji ngan girl fren dier.....

nak beli ape ni? peningla kepala.......

13/03/10

myMetro | Rakan enggan maaf kesalahan

myMetro | Rakan enggan maaf kesalahan

25/01/10

TIPS MEMUJUK YANG MERAJUK

Beri waktu


Setiap kali pasangan kita merajuk, berikan dirinya waktu untuk menenangkan diri. Tak perlulah anda tergopoh-gapah mencari dia untuk memujuk si dia. Rajuk hatinya hanya untuk seketika. Mungkin selepas dibiarkan tenang sendiri dia akan kembali ok dan anda tidak perlu pun memujuk.

Berilah waktu dan kemudian hubungilah dirinya melalui telefon atau sms. Ucapan seperti "sayang merajuk lagi ke?" sudah tentu akan membuatkan di dia tersenyum. Akan tetapi sekiranya apabila dihubungi, pasangan enggan menjawab atau memberi respon, sekali lagi berikan dirinya waktu. Anggap sahaja dia perlu waktu untuk berfikir.


Berikan kejutan

Ambil hati pasangan yang merajuk dengan melakukan kejutan kecil buat dirinya. Kirimkan bunga, berikan hadiah atau meletakkan nota kecil tertera "Aku cinta padamu" di dalam begnya. Sudah tentu ini akan menyejukkan hatinya. Pasangan tentu tidak sampai hati untuk merajuk lebih lama.


Template by:

Free Blog Templates