5/08/11

SAJAK RAMADAN

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

Kiriman Baitie_Nur



31/07/11

ramadan tahun ini...

Assalamulaikum,
Besok dah 1 ramadan. Tetiba aku rasa sayu dan hiba kerana pada tahun ini aku menyambut ketibaan ramadan tanpa kedua anak perempuan aku. Apa boleh buat, aku terpaksa terima hakikat mereka jauh dari aku kerana menuntut ilmu. Semoga semuanya selamat menjalani puasa dan ibadah di bulan ramadan al mubarak ini....amin......

29/07/11

Salam Ramadan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga para pembaca semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa hendaknya demi menyambut bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah aku ucapkan kepadaNya, semoga bulan ini penuh dengan keberkatan kepada seluruh umat manusia.


Dengan rasa yang amat bersyukur kepada Allah swt, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat manusia dan rakyat Malaysia khasnya. Bulan Syaaban bakal melabuhkan tirainya, maka bulan Ramadhan akan menjelma. Seluruh umat Islam akan berpuasa, bagi memberkati bulan yang mulia ini. Mari ketahui beberapa kelebihan bulan Ramadhan ini.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya:

1.Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2.Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”
Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi

3.Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi

4.Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah.”
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5.Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ”
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim

Template by:

Free Blog Templates