~ about all aspects of life as a believer, a mother, a wife and a woman. It's a place of personal reflection ~
tak taula aku....
orang len cuti pegi melancong....
aku kena g sekolah.....
pepagi lagi boss dah tepon....
orang TM nak datang....
saya yang menurut perintah....
pergilah aku....
sampai kat sekolah aku kena panggil....
huh...biaselah...menjawablah aku...
nape dier tak datang....
dah nasib aku....
nak cakap macam mana lagi....
kekadang aku nak elak dari berjumpa boss....
penat aku nak jawab....
nak buat camne...
aku cuma boleh berdoa berlaku keajaiban....

Entri kali ni aku nak cerita tentang perasaan...
Perasaan kita boleh berubah-ubah.....
Kekadang kita mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa....
Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah....
Kita perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan....
Kenapa seseorang memendamkan perasaan....
~Malu
~Takut menjadi bebanan kepada orang lain
~Terlalu peribadi untuk dibincang
~Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
~Bimbang akan reaksi orang lain
~Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
~Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
~Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
Bagaimana mengendalikan perasaan kita
~Ketahui perasaan kita
~Luahkan perasaan kita
~Dengar pendapat orang lain tentang perasaan kita
~Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain
Kebaikan yang Diperolehi Apabila Kita Berkongsi Perasaan
~Merasa lega
~Mengurangkan tekanan
~Cari penyelesaian kepada permasalahan kita
~Kita akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
~Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri kita