6/07/10

alhamdulilah, ok dah

pagi-pagi lagi ke sekolah dengan harapan masalah aku dengan anak bujang aku selesai...aku dah penat dah memikirkannya....biarlah aku mengalah....aku ni tak boleh nak simpan masalah ni dengan lebih lama....sakit hati aku rasa....

syukur alhamdulilah aku dengan anak bujang aku dah ok...aku harap dier supaya jadi dier yg dulu yg rajin datang keje, tak malas lagi....

sedih juga bila gb tunjukkan pada aku surat permohonannya untuk pindah ke putrajaya....bagaimanapun aku doakan dier dapat pindah ke tempat kerja yang dekat dengan rumah dier...semoga di tempat kerja dier yang baru nanti dier akan jadi yang terbaik....kalau dier dapat pindah nanti tak adalah lg kawan untuk bergaduh...huhuhu....sedih jugak aku rasa.....

24/06/10

AnUGeRaH LaGI_GURU DEDIKASI

Hari ini adalah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang tahun 2010.  Pada hari ini jugalah aku aku telah menerima Anugerah Guru Dedikasi bagi Kategori Sekolah Rendah. Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh dapat anugerah ini. Guru Besarlah yang memberi kepercayaan kepada aku untuk semua ini termasuklah mantan guru besar aku...Sebelum ini beberapa anugerah telah aku terima sepanjang aku menjadi guru, yang aku ingatlah pertama kali aku terima anugerah pada tahun 1998...masa tu aku tengah sarat mengandung anak aku yang nombor 3. Aku dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Selepas itu aku dapat anugerah guru inovatif berkumpulan dengan Devaki (mewakil N Selangor ke peringkat kebangsaan) dan anugerah khas dari pejabat pelajaran Daerah Sepang pada tahun 2006. Pada tahun 2007 aku sekali lagi mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Aku juga pernah mendapat anugerah dekan masa aku belajar kat universiti (belajar main-main je) pada tahun 2008. Selain anugerah yang besar, beberapa anugerah lain aku juga pernah terima kat sekolah...(tak payah sebut la...banyak sangat).

Sememangnya aku merasa terharu dan teruja atas anugerah ini kerana aku rasa ramai guru lain di daerah ini yang lebih layak daripada aku. Tapi mungkin ini rezeki aku....Alhamdulilah, terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini.


Bergambar bersama sijil dan plak...

Bergambar bersama fateha

Bergambar bersama mantan gb

22/06/10

DuA PuLuH JuN 2010

Hari ni hari yang paling bersejarah buatku...
Setelah 4 tahun aku belajar di OUM akhirnya dapat kugenggam segulung ijazah...
Terima kasih buat keluargaku yang selama ini banyak memberi dorongan khususnya hubbyku yang memberi kebenaran kepadaku untuk ku belajar. Tidak lupa juga kepada anak-anakku dan ibuku yang memahami aku...selalu kutinggalkan mereka bila aku ada kuliah....

Terima kasih kepada semua....familiku khususnya hubby, anak2ku, ibuku, anak-anak buah, adik-beradikku, anak bujangku, kawan-kawan fb dan kawan2 sekerja dan sesiapa saja yang memberikan ucapan tahniah, yang datang memberikan sokongan, memberikan hadiah dan jambangan bunga kepada aku.....sungguh aku terharu mengingatkan peristiwa pada hari itu....

Rakaman peristiwa bersejarah








Template by:

Free Blog Templates