12/12/11

Lawatan ke Jakarta, Puncak dan Bandung

Assalamualaikum,
Rasanya dah lama juga aku tak menulis dalam blog ni. Bukannya apa, aku sibuk dengan urusan akhir tahun sebelum cuti pesekolahan bermula. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Alhamdulilah, semuanya sudah selesai.
Entri kali ini aku nak cerita pengalaman aku melancung bersama famili akun dan bersama rakan-rakan sekolah aku. Melancung merupakan satu hobi yang menyeronokkan, tetapi untuk melakukannya memerlukan kos yang agak banyak juga, atas kesedaran itu saya berpakat dengan suami mengambil keputusan mengumpul sedikit demi sedikit untuk menjadikan kos mencukupi bagi menjalankan aktiviti makan angin ini. Semua wang untuk melancung ini adalah dari hasil titik peluh suami aku.

ATUCARA LAWATAN:

Hari 1 (24/11/2011) : Ketibaan Jakarta-Puncak 
 Kami tiba di Soekarno Hatta Airport Jakarta, disambut oleh Encik Halim (ganti En Ali) di bawa melawat Taman Mini and Ancol City Bay and Art Market Selepas makan tengah hari di Restoren Tempatan, kami meneruskan perjalanan ke PUNCAK.  Selepas makan malam, kami mendaftar masuk ke Cianjur Hotel dan bermalam di sana. Suasana di puncak sangat nyaman dan sejuk.

Hari 2 : Puncak-Bandung   
Selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Selepas makan tengah hari di sebuah sebuah restoran tempatan , kami meneruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu and Ciater Hot spring Resort. Setelah makan malam, kami di bawa membeli belah di Factory outlet and Cihampelas. Setelah itu kami mendaftar masuk ke hotel dan bermalam di sana.

Hari 3 : Bandung-Jakarta 
Selepas sarapan, kami di bawa ke Pasar Baru untuk membeli belah. Selepas makan tengah hari kami di sebuah restoran dan menyambung aktiviti membeli belah pada sebelah petangnya. Selepas makan makan malam, kami meneruskan perjalanan ke Jakarta melalui Cipularang Highway. Kami sampai di sebuah hotel dan menginap di sana.

Hari 4 : Jakarta-Kuala Lumpur
Selepas sarapan, kami dibawa membeli belah di Mangga Dua Shopping Complex.sehingga pukul 10.00 pagi. Kami akhirnya di bawa ke Terminal 3 Lapangan Terbang Soekarno Hatta untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Rakaman peristiwa semasa kami ke JPB






























2 ulasan:

Amsyahril Syahril berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


shaqza berkata...

ok ke hotel cianjur..berapa ringgit?

Catat Ulasan

KONGSI

Template by:

Free Blog Templates